
Nama penyanyi dan Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI), Mulan Jameela, kembali menjadi tumpuan hangat selepas penampilannya di Benuanta Fest 2K25 mengundang perdebatan hebat dalam kalangan warganet.
Mulan, yang terkenal melalui lagu “Makhluk Tuhan Paling Seksi”, tampil dengan busana pentas yang disifatkan terlalu ketat dan mencolok mata, sehingga menampakkan bentuk tubuh secara jelas ketika membuat persembahan di Hutan Kota Bundayati, Tanjung Selor, Kalimantan Utara.
Netizen ‘Heart Attack’ Lihat Gaya Berani Mulan
Di media sosial, ramai wargamaya meluahkan rasa kurang senang dengan imej penyanyi berusia 46 tahun itu, lebih-lebih lagi kerana beliau kini membawa status sebagai wakil rakyat dan sering tampil sebagai wanita berhijab.
Menurut laporan IndoPop, busana neon tersebut hanya menutupi sebahagian kecil bahagian siku, sekali gus mengundang kritikan kerana dianggap tidak selari dengan imej ‘muslimah’ yang sering dibawakan oleh Mulan.
Lebih mencuri perhatian, padanan busana ketat neon bersama hijab berona magenta itu turut dibandingkan dengan kuih Apam Pelangi kukus, menjadikan penampilannya bahan gurauan dan perdebatan.
Netizen Persoal, Apa Fungsi Tudung Di Kepala?

Bahagian komen di platform sosial meledak, apabila foto dan video persembahan Mulan tular. Antara komen yang mencuri perhatian:
“Fungsi pakai tudung apa ya?”
“Pakai hijab tapi… Naudzubillah..”
“Tak ada rasa malu ke, jatuh dan rosakkan imej Islam?”
Walaupun menerima pelbagai kecaman, persembahan Mulan antara yang paling dinantikan oleh pengunjung Benuanta Fest 2K25.
Ribuan Peminat Hadir Demi Mulan
Sebagai bintang utama malam tersebut, ribuan peminat memenuhi kawasan Hutan Kota Bundayati bagi menyaksikan Mulan membawakan lebih 10 lagu popular.
Suasana kian memuncak apabila beliau menyanyikan lagu hit Dewa 19, “Separuh Nafasku” dan lagu yang membawa namanya melonjak ke puncak iaitu “Makhluk Tuhan Paling Seksi”, diikuti sorakan dan nyanyian gegak gempita bersama para pengunjung.
Dalam satu momen di atas pentas, Mulan turut menyapa Gabenor Kaltara dan para hadirin:
“Terima kasih kepada Bapak Gabenor Zainal dan Ibu Rahmawati kerana menjemput saya, bagi memeriahkan Benuanta Fest 2K25,” ujar Mulan Jameela.
Bagaimanapun, setakat ini Mulan Jameela mengambil tindakan mengunci mulut dan belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kontroversi yang sedang hangat diperkatakan ini.
Kredit Video : TikTok Ruji_Rossifumi & Instagram Benuanta Fest 2K25