
Siapa tak kenal Khairul Aming (KA)? Content creator kesayangan rakyat Malaysia ini memang tak pernah berhenti buat kejutan. Selepas bertahun-tahun mendominasi dapur maya (online) dengan resipi viral dan melakar sejarah dengan jualan Sambal Nyet yang luar biasa, kini KA tekad melangkah ke dunia nyata!
Selepas setahun merahsiakan projek mega ini, KA secara rasmi mengumumkan pembukaan restoran pertamanya: Rembayung!
lebih menarik lagi, ini bukan restoran kecil-kecilan! Rembayung dijangka dibuka pada awal tahun hadapan dengan pelaburan yang membuatkan kita semua terlopong — RM4 Juta Ringgit! Ya, anda tak salah baca. Empat juta ringgit adalah modal terbesar yang pernah KA laburkan untuk satu projek tunggal!
Lokasi Strategik ‘Rembayung’ Bakal Jadi Tumpuan Peminat KA!
Menurut KA, Rembayung dibina dari tapak kosong (from scratch) di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi yang terletak di lokasi prime Kampung Baru, Kuala Lumpur, hanya sembilan minit sahaja dari Menara Berkembar KLCC.
Fuh, memang level up gila-gila!
“Dengan memakan modal RM 4 Juta, kita bina restoran masakan Kampung daripada scratch kat atas tanah seluas 8,000 kaki kat Kampung Baharu.
Lebih kurang 9 minit dari KLCC,” ujarnya.
Tambahnya lagi, Rembayung bakal mengangkat konsep masakan melayu kampung yang authentic. Khusus buat perantau-perantau di kota yang merindukan air tangan bonda di kampung halaman, sebagai salah satu mekanisme pengubat kerinduan.
“Jadi untuk konsep restoran ni kita nak angkat elemen kampung di tengah-tengah kotaraya.
Bukan setakat visual, tapi suasana pun kita nak biarkan pelanggan teringat dekat kampung.
Langkah Drastik Khairul Aming: RM4 Juta Demi Visi 10 Tahun

KA memang dikenali sebagai individu yang sangat berdisiplin dan fokus dalam perniagaan.
Kejayaan beliau membangunkan jenama peribadi yang kukuh dalam masa sepuluh tahun membuktikan beliau bukan sekadar influencer biasa.
Kini, KA berani mengambil risiko besar dengan terjun ke industri makanan dan minuman (F&B) yang sememangnya mencabar.
Rembayung bukan sekadar restoran, tetapi ia adalah pintu masuk KA ke dalam perancangan sepuluh tahun beliau yang seterusnya.
“Selepas 10 tahun dalam dunia online, finally, KA bersedia untuk masuk ke dunia offline untuk permulaan fasa 10 tahun seterusnya.
Tuan-tuan dan puan-puan selamat datang ke Rembayung!”, ujarnya penuh bersemangat.
Sehubungan itu, KA menunjukkan bahawa kejayaan dalam dunia digital hanyalah permulaan bagi dirinya, Beliau mahu melihat jenama di bawah naunganya kekal relevan dan berkembang dalam dunia offline juga.
Cuba Havoxians bayangkan, kalau Sambal Nyet yang dibuat di rumah sahaja boleh sold out dalam beberapa minit, bagaimana pula restoran fizikal yang menelan belanja berjuta-juta ini?
Pasti hidangan yang disajikan juga setaraf dengan modal yang dilaburkan!
Bagi peminat yang sentiasa mengikuti kisah jatuh bangun KA, ini adalah berita yang sangat menggembirakan.
Melihat seorang content creator Melayu yang bermula dari bawah kini mampu membina empayar dengan pelaburan yang mengagumkan, ia adalah inspirasi buat semua.
Rembayung adalah bukti bahawa passion dalam masakan boleh membawa seseorang ke tahap yang sangat tinggi, KA telah merealisasikanya! Dari dapur rumah ke bangunan restoran sendiri!

Daripada Content Creator Resepi, kini KA usahawan muda yang berjaya! Siapa sangka, seorang pemuda yang dahulunya graduan engineering dan pernah melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat, kini menjadi figura masakan paling berpengaruh di Malaysia.
Kini, Rembayung adalah next chapter dalam kisah hidup KA. Daripada hanya berkongsi resipi, kini beliau menawarkan pengalaman menjamu selera yang lengkap.
Bayangkan, resipi legend yang hanya boleh ditonton di YouTube, kini boleh dinikmati secara live dengan suasana yang eksklusif di Rembayung.
Nama Rembayung sendiri, yang merujuk kepada cahaya sunset yang indah, memberikan vibe yang hangat dan mengundang. Adakah restoran ini akan menampilkan pemandangan sunset KLCC yang memukau? Kita hanya boleh tunggu dan lihat.
Apa yang pasti, pembukaan Rembayung bukan sahaja berita baik untuk peminat KA, malah ia adalah satu injection semangat baharu dalam industri F&B negara.
Kepada semua peminat KA, tandakan kalendar anda! Awal tahun hadapan, kita beramai-ramai menyerbu Rembayung.
Restoran ini bukan sahaja menjual makanan, tetapi menjual kisah kejayaan, passion, dan visi besar Khairul Aming.
So, bersiap sedia untuk food hunting paling gempak di KL!