
Menjelang Aidilfitri, satu perkara yang sering menjadi cabaran buat ramai wanita adalah mencari busana Raya yang benar benar sesuai dengan bentuk tubuh mereka. Bagi wanita bersaiz lebih berisi, pilihan pakaian yang cantik, selesa dan bergaya kadang kala terasa agak terhad.
Namun tahun ini, situasinya sedikit berbeza.
Jenama pakaian plus size tempatan terkenal, Misclaire tampil dengan pendekatan lebih inklusif menerusi kempen ‘Raya For Every Body’ yang membawa mesej jelas bahawa fesyen tidak seharusnya terhad kepada satu bentuk tubuh sahaja.
Malah lebih menarik, koleksi Raya Misclaire tahun ini hadir dengan pilihan saiz yang jauh lebih luas, bermula daripada S+ sehingga 7XL, sekali gus membuka lebih banyak ruang kepada wanita untuk tampil yakin dan bergaya ketika menyambut Aidilfitri.
Bagi mereka yang selama ini sukar mencari busana Raya yang benar benar sesuai dengan bentuk tubuh, koleksi ini dilihat sebagai satu nafas baharu dalam dunia fesyen tempatan yang semakin memberi perhatian kepada kepelbagaian saiz.
Pendekatan ini turut diperkukuhkan menerusi acara ‘Raya For Every Body’ Open House yang berlangsung di Butik Misclaire, IOI City Mall Putrajaya baru baru ini, di mana para pengunjung berpeluang melihat sendiri keindahan koleksi busana Raya yang direka khas untuk wanita bersaiz besar tanpa mengorbankan elemen gaya dan keselesaan.
Misclaire Busana Raya Plus Size Yang Direka Untuk Semua

Apa yang menjadikan koleksi Raya Misclaire tahun ini begitu istimewa adalah kepelbagaian rekaannya yang mampu memenuhi citarasa wanita moden.
Koleksi ini menampilkan gabungan potongan tradisional dan kontemporari yang sering menjadi pilihan masyarakat Malaysia ketika Hari Raya. Antara rekaan yang diketengahkan termasuk baju kurung klasik, jubah moden dan juga potongan kontemporari yang lebih santai tetapi masih mengekalkan aura elegan.
Menariknya, setiap busana direka khusus untuk wanita bersaiz besar dengan pilihan saiz bermula daripada S+ sehingga 7XL. Pendekatan ini memberi ruang kepada lebih ramai wanita untuk menikmati pengalaman memilih pakaian Raya tanpa perlu risau tentang kesesuaian saiz.
Menurut Ketua Pemasaran Misclaire, Faridah Selamat, koleksi tahun ini memberi penekanan kepada rekaan yang bukan sahaja cantik dipandang tetapi juga selesa dipakai.

“Koleksi tahun ini menampilkan pelbagai jenis potongan tradisional dan moden. Ini termasuk klasik kurung, dan moden dress yang menggabungkan elemen klasik dan kontemporari. Serta wanran-warna trending 2026 antaranya ‘strawberry matcha’.
“Ramai yang masuk sini cari baju sama ada pink atau hijau sebab bila pakai baju warna pink diaorang boleh padan dengan selendang warna hijau, boleh padan dengan tudung warna pink. Yang lelaki pun cari tema strawberry matcha juga.
“Rekaan pakaian tahun ini mempunyai gabungan warna yang indah dan unik yang menjadikan setiap pakaian benar benar istimewa. Misclaire telah bekerja keras untuk menyediakan pakaian yang tidak hanya cantik tetapi juga selesa dan memenuhi citarasa pelanggan kami,” ujarnya ketika ditemui team Havox pada majlis tersebut.
Pilihan warna yang lembut serta mudah dipadankan juga menjadi antara faktor yang membuatkan koleksi ini semakin mendapat perhatian pengunjung yang hadir.
Konsep Dua Dalam Satu Jadikan Busana Misclaire Lebih Versatil

Selain menampilkan rekaan yang elegan, satu lagi keunikan koleksi Raya Misclaire adalah konsep dua dalam satu yang diketengahkan dalam setiap busana.
Rekaan ini bukan sahaja sesuai dipakai ketika Hari Raya tetapi juga boleh digayakan semula untuk pelbagai acara lain selepas musim perayaan berakhir.
Pendekatan ini menjadikan setiap pembelian lebih berbaloi kerana busana tersebut tidak terhad kepada satu musim sahaja. Malah ramai wanita kini semakin memilih pakaian yang boleh digayakan dalam pelbagai situasi seperti majlis keluarga, acara rasmi atau sekadar keluar bersantai.
Dengan rekaan yang praktikal dan moden, koleksi Misclaire berjaya menawarkan keseimbangan antara gaya dan fungsi.
Konsep ini secara tidak langsung menjadikan busana Raya sebagai satu pelaburan gaya yang lebih bijak. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai.
‘Raya For Every Body’ Angkat Keyakinan Wanita Plus Size

Kempen ‘Raya For Every Body’ yang diperkenalkan oleh Misclaire tahun ini sebenarnya membawa mesej yang lebih besar daripada sekadar fesyen.
Ia memberi ruang kepada wanita bersaiz besar untuk merasa dihargai dalam dunia fesyen yang sering didominasi oleh standard tubuh tertentu.
Melalui koleksi ini, Misclaire mahu membuktikan bahawa kecantikan dan gaya tidak pernah dihadkan oleh saiz tubuh.
Tidak hairanlah jika ramai pengunjung yang hadir ke butik Misclaire mengakui mereka rambang mata melihat pelbagai pilihan busana yang ditawarkan.
Bagi mereka yang masih belum mendapatkan baju Raya tahun ini, koleksi Misclaire mungkin menjadi pilihan yang tepat.
Namun bagi yang tidak sempat berkunjung ke butik, busana Raya Misclaire juga boleh dibeli secara atas talian menerusi laman rasmi www.misclaire.com serta platform beli belah Shopee dan Lazada.
Selain itu, pelanggan juga boleh mengikuti perkembangan terkini mengenai stok dan waktu operasi butik menerusi laman sosial rasmi Misclaire di Facebook, Instagram dan TikTok.

Bagi memastikan pesanan tiba sebelum Aidilfitri, pelanggan dinasihatkan membuat pembelian selewat lewatnya sebelum 16 Mac 2026 mengikut pilihan perkhidmatan kurier masing masing.
Sebagai rekod, koleksi Raya Misclaire tahun ini telah dilancarkan secara berperingkat sejak 3 Februari lalu dengan empat koleksi utama iaitu The Serimas, Gadis Romantis, Teman Lebaran dan Kilauan Lebaran yang diinspirasikan daripada gaya masyarakat Malaysia ketika aktiviti ziarah Hari Raya.