
Siapa sangka di sebalik pingat emas yang dibawa pulang Malaysia dari Sukan SEA 2025, terdapat empat wanita dari Sabah yang namanya mungkin masih asing di telinga ramai rakyat Malaysia, namun tidak bagi WONDA.
Doris Ng Lee Chu, Noveny Viannie, Victoria Martin dan Lisa Lawrence bukan atlet yang setiap hari menghiasi halaman utama media. Mereka menjalani kehidupan seperti rakyat Malaysia yang lain, bekerja, mengurus keluarga dan meneruskan rutin harian, namun pada masa sama berkongsi satu minat yang akhirnya membawa mereka jauh meninggalkan Sabah hingga ke Thailand.
Mereka ialah GeramBeat, sebuah pasukan tarik tali wanita dari Sabah yang mencipta detik istimewa apabila bertanding dalam acara demonstrasi Tarik Tali Wanita 4×4 250kg di Sukan SEA 2025. Lebih menarik, mereka berjaya membawa pulang pingat emas untuk Malaysia dalam acara tersebut.
Walaupun tarik tali pada ketika itu dipertandingkan sebagai acara demonstrasi dan tidak menawarkan pingat rasmi Sukan SEA, pencapaian GeramBeat tetap menjadi satu kejayaan yang cukup luar biasa. Ia membuktikan bahawa perjalanan seorang atlet tidak semestinya bermula daripada pentas besar atau nama yang sudah dikenali, sebaliknya boleh tercetus daripada minat yang dikongsi dalam komuniti.
Kini, kisah empat wanita Sabah itu kembali mendapat perhatian menerusi kempen Tarik Malaysians Together oleh WONDA Kopi Tarik sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Kisah Empat Wanita Sabah Dalam GeramBeat Dari Minat Tarik Tali Hingga Ke Pentas Sukan SEA 2025

Perjalanan GeramBeat bukan sekadar tentang kekuatan fizikal. Di sebalik kejayaan mereka menarik tali sehingga berjaya menewaskan pencabar di pentas antarabangsa, terdapat kisah empat wanita dengan latar kehidupan yang berbeza tetapi berkongsi satu matlamat.
Doris Ng Lee Chu, 38, merupakan Eksekutif Jualan dan Pemasaran. Noveny Viannie, 26, pula bekerja sebagai Eksekutif Penghantaran dan berasal dari Kampung Lamat, Sabah.
Victoria Martin, 51, merupakan seorang suri rumah dan petani dari Kampung Mekiok, Papar, manakala Lisa Lawrence, 29, bekerja sebagai Pegawai Pentadbiran di sebuah kilang di Kota Kinabalu.
Perbezaan usia, pekerjaan dan kehidupan harian tidak menjadi penghalang untuk mereka membentuk sebuah pasukan yang kukuh. Sebaliknya, setiap peranan di atas tali memerlukan kepercayaan dan persefahaman antara satu sama lain.
Dalam tarik tali, kekuatan seorang individu sahaja tidak akan menjamin kemenangan. Setiap ahli perlu bergerak seiring, memahami rentak pasukan dan memberikan tenaga pada saat yang tepat. Justeru, kejayaan GeramBeat bukan sekadar mengenai siapa yang paling kuat, tetapi sejauh mana mereka mampu mempercayai satu sama lain.
Perjalanan itulah yang akhirnya membawa mereka dari komuniti di Sabah ke Thailand untuk mewakili Malaysia dalam Sukan SEA 2025.
Namun, kisah mereka masih belum diketahui secara meluas oleh rakyat Malaysia. Bagi WONDA Kopi Tarik, keadaan itu menjadikan perjalanan GeramBeat sesuatu yang wajar diketengahkan.
“Apabila kami mendengar kisah GeramBeat pertama kalinya, perkara yang paling menarik perhatian kami ialah betapa luar biasanya perjalanan mereka, namun masih ramai rakyat Malaysia yang belum mengetahui kisah ini,” kongsi Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran di Etika.
Menurut beliau, perjalanan empat wanita tersebut memperlihatkan bagaimana seseorang mampu mencapai sesuatu yang luar biasa apabila kekuatan disatukan.
“Mereka adalah empat wanita dari Sabah, masing-masing dengan kerjaya, keluarga, dan tanggungjawab sendiri, yang bersatu dan berjaya melangkah ke pentas Sukan SEA. Kami percaya kisah mereka wajar diketengahkan dan diraikan oleh lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya.
WONDA Kopi Tarik Angkat Semangat GeramBeat Menerusi Kempen Tarik Malaysians Together
Bagi mengangkat kisah GeramBeat, WONDA Kopi Tarik memperkenalkan kempen Tarik Malaysians Together yang membawa mesej kebersamaan sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Konsep kempen itu mengambil inspirasi daripada sesuatu yang dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia, iaitu kopi tarik.
Jika kopi tarik menyatukan masyarakat menerusi secawan minuman yang dinikmati bersama, tarik tali pula memerlukan setiap individu menggabungkan tenaga untuk mencapai kemenangan. Kedua dua elemen itu menjadi simbol kepada satu perkara yang sama, iaitu kekuatan apabila kita bergerak bersama.
Menerusi filem utama kempen tersebut, kisah GeramBeat diketengahkan dari perspektif yang lebih dekat dengan kehidupan mereka. Penonton dibawa mengenali empat wanita tersebut bukan sekadar sebagai atlet, tetapi sebagai individu yang mempunyai pekerjaan, keluarga dan tanggungjawab masing masing.
Apa yang menjadikan kisah mereka lebih menarik ialah hakikat bahawa komitmen terhadap sukan tarik tali perlu diseimbangkan dengan kehidupan seharian. Mereka terus bekerja dan menjalani rutin masing masing, sambil mengekalkan disiplin latihan serta persediaan untuk pertandingan.
Bagi WONDA, kisah GeramBeat menjadi gambaran jelas bahawa kejayaan tidak semestinya lahir daripada seorang individu. Ia boleh terhasil apabila sekumpulan manusia saling mempercayai dan memberikan kekuatan antara satu sama lain.
“Terdapat juga keindahan dalam kesederhanaan bagaimana kisah mereka berkait rapat dengan WONDA Kopi Tarik. Sukan tarik tali tidak dimenangi oleh seorang individu sahaja. Setiap orang mempunyai peranan, perlu saling mempercayai, dan perlu menarik bersama sama,” jelas Amy.
“Itulah makna Tarik Malaysians Together bagi kami: meraikan pencapaian yang mampu kita capai apabila kita menyatukan kekuatan bersama,” tambahnya.
Selain filem utama, kempen ini turut diteruskan menerusi platform radio, digital dan media sosial bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mengenali perjalanan GeramBeat serta empat wanita di sebalik kejayaan tersebut.
Kesemua ahli GeramBeat juga bakal tampil dalam temu bual eksklusif bersama Astro untuk berkongsi pengalaman mereka, termasuk usaha yang diperlukan untuk bersaing di pentas Sukan SEA serta pengalaman membawa pulang emas daripada acara demonstrasi tersebut.
Sambutan Hari Malaysia WONDA Teruskan Semangat Tarik Malaysians Together Bersama Rakyat
Apa yang bermula sebagai kisah empat wanita Sabah kemudian diperluaskan menjadi sebuah kempen yang mengajak lebih ramai rakyat Malaysia memahami makna sebenar kebersamaan.
Mesej Tarik Malaysians Together bukan hanya mengenai kemenangan dalam pertandingan. Ia membawa idea bahawa sesuatu yang besar boleh dicapai apabila masyarakat saling menyokong, berkongsi tenaga dan bergerak ke arah matlamat yang sama.
Semangat itu juga cukup dekat dengan sambutan Hari Malaysia yang diraikan setiap tahun sebagai simbol penyatuan rakyat daripada pelbagai latar belakang.
Melalui kisah GeramBeat, WONDA mahu mengetengahkan satu bentuk patriotisme yang lebih dekat dengan kehidupan seharian. Tidak semestinya perlu berdiri di pentas besar untuk menyumbang kepada negara. Kadangkala, ia bermula dengan sekumpulan individu yang memilih untuk terus melakukan perkara yang mereka minati, saling menyokong dan tidak berputus asa walaupun usaha mereka belum mendapat perhatian ramai.
Kisah empat wanita ini juga memperlihatkan bagaimana sukan mampu menjadi ruang yang menyatukan manusia tanpa mengira perbezaan usia, pekerjaan atau latar kehidupan. Apa yang penting ialah kepercayaan terhadap pasukan dan kesanggupan untuk memberikan yang terbaik demi matlamat bersama.
Justeru, bagi meneruskan semangat tersebut, WONDA Kopi Tarik akan membawa kempen Tarik Malaysians Together daripada skrin ke lokasi sebenar sempena acara Keretapi Sarong 2026 pada 16 September.
Sambutan Hari Malaysia itu akan bermula di Stesen LRT Subang Jaya dengan persembahan secara langsung, permainan interaktif serta agihan WONDA Kopi Tarik dan hadiah percuma eksklusif.
WONDA turut menyediakan perjalanan tren percuma untuk Havoxians ke lokasi Keretapi Sarong 2026 bagi menggalakkan rakyat Malaysia menyertai kemeriahan sambutan tersebut, selain menyediakan sudut interaksi untuk orang ramai meraikan Hari Malaysia bersama sama.