
Havoxians! Bahang muzik pop rock tempatan bakal menguasai pentas ODEON KL apabila Insomniacks bersedia menemui peminat menerusi showcase istimewa sempena pelancaran album sulung mereka, KAMI INSOMNIACKS malam esok pada 31 Oktober 2026.
Selepas hampir 11 tahun mengharungi perjalanan seni bersama, kumpulan yang terkenal dengan deretan lagu popular ini akhirnya bakal meraikan satu pencapaian besar bersama peminat yang sentiasa menyokong perjalanan muzik mereka.
Lebih menarik, showcase yang berlangsung sehari selepas pelancaran album sulung itu dijangka menghimpunkan kira-kira 1,500 peminat dalam satu malam penuh muzik, nostalgia dan kejutan.
Pastinya, peluang menyaksikan keseluruhan karya baharu dipersembahkan secara langsung menjadi antara perkara yang paling dinantikan, apatah lagi selepas peminat mengikuti perkembangan jelajah pra-album mereka sejak September lalu.
Insomniacks Bawa 12 Lagu Baharu, Showcase Odeon KL Jadi Kemuncak Jelajah Album

Selepas mencipta pelbagai pencapaian sepanjang karier, termasuk kejayaan konsert Echoes of a Dream yang habis terjual di Kuala Lumpur dan Singapura pada 2025, Insomniacks kini melangkah ke fasa baharu menerusi album sulung.
Album yang dilancarkan pada 30 Oktober 2026 ini memuatkan sebanyak 12 buah lagu yang mencerminkan perjalanan hidup serta pengalaman setiap anggota kumpulan itu.
Menariknya, projek tersebut turut menyaksikan kolaborasi bersama beberapa nama dalam industri muzik tempatan seperti Aziz Harun, XONE, Hael Husaini dan Irfan Haris.
Gabungan idea bersama barisan penyanyi dan penulis lagu berkenaan membuka peluang kepada mereka untuk meneroka muzik yang lebih segar tanpa mengetepikan identiti yang telah membentuk nama mereka selama ini.
“Album ini sangat bermakna buat kami sebab selepas hampir 11 tahun buat muzik bersama, akhirnya kami dapat kongsikan album pertama kami. Ia merangkum perjalanan, pengalaman dan apa yang kami pelajari selama ini. Kami memang teruja dan tak sabar nak semua orang dengar,” kongsinya.
Sepanjang perjalanan menghasilkan album tersebut, mereka turut melalui pelbagai perubahan dari segi penulisan lagu, susunan muzik dan pendekatan kreatif.
“Banyak yang berubah dari segi bunyi, penulisan lagu dan cara kami buat muzik. Kami suka bereksperimen, tapi untuk album ini, kami nak kukuhkan lagi identiti muzik kami. Harapnya, peminat dapat kenal sisi lain Insomniacks sambil masih rasa sentuhan yang mereka kenal selama ini,” ujar mereka.
Sekadar info, bagi showcase di ODEON KL, sebanyak 14 lagu bakal dipersembahkan yang merangkumi kesemua 12 lagu daripada album sulung mereka, selain beberapa pilihan lagu lain.
Dari Pulau Pinang Ke Johor Bahru, Peminat Sambut Hangat Jelajah Insomniacks

Sebelum tiba ke kemuncak di Kuala Lumpur, kumpulan ini terlebih dahulu mengadakan jelajah pra-album di tiga lokasi bagi memperkenalkan karya terbaharu mereka kepada peminat.
Persinggahan pertama berlangsung pada 19 September lalu di Loft29, George Town, Pulau Pinang dengan kehadiran kira-kira 300 penonton. Menerusi persembahan akustik penuh yang menampilkan 13 lagu,
Malah, kumpulan itu memberikan peluang istimewa kepada penonton untuk mendengar beberapa lagu daripada album sulung sebelum pelancaran rasminya.
Persembahan tersebut turut menjadi pengalaman tersendiri buat Insomniacks kerana mereka kembali membawakan konsep akustik penuh selepas sekian lama tidak mengadakan persembahan dalam format berkenaan.
Gitaris, Dan, mengakui pada awalnya dia berasa gementar untuk mempersembahkan lagu baharu dalam susunan akustik.
“Sejujurnya, saya agak gementar dan risau sebab ini kali pertama kami bawakan lagu-lagu album ini secara akustik. Dah lama juga kami tak buat persembahan akustik penuh. Tapi lepas selesai, semuanya rasa seronok dan kami memang puas dengan pengalaman itu,” kongsi Dan.
Momentum positif itu kemudian diteruskan pada 3 Oktober di Embrace Hall Music & Art Center, Skudai, Johor Bahru apabila kesemua tiket berjaya dijual habis dengan kehadiran lebih 300 penonton.
Antara momen paling bermakna adalah apabila peminat turut menyanyikan lagu baharu mereka meskipun album tersebut belum dilancarkan secara rasmi ketika itu.
“Memang seronok dapat bawakan beberapa lagu baharu! Paling istimewa bila penonton ikut menyanyi salah satu lagu terbaharu kami, walaupun belum dilancarkan secara rasmi. Sokongan macam itu memang sangat bermakna buat kami,” ujar mereka.
Kini, perjalanan jelajah tersebut bakal sampai ke penghujungnya di ODEON KL. Sebagai lokasi kumpulan itu bertapak, Kuala Lumpur mempunyai nilai sentimental tersendiri buat setiap anggota.
“KL memang tempat kami bertapak, jadi setiap kali buat persembahan depan peminat di sini, rasanya cukup istimewa. Dapat akhiri jelajah di tempat sendiri buat pengalaman ini lebih bermakna buat kami,” jelasnya.
Selain itu, sasaran kehadiran sekitar 1,500 peminat, showcase kali ini dijangka menjadi antara pertemuan paling istimewa antara kumpulan tersebut dengan penyokong mereka sepanjang perjalanan jelajah album sulung.
Insomniacks Merchandise Eksklusif Menanti, Tiket Final Lap Masih Tersedia!

Lebih mengujakan selain menyaksikan persembahan muzik, peminat yang hadir ke showcase di ODEON KL kali ini turut berpeluang mendapatkan koleksi barangan rasmi kumpulan tersebut.
Antara yang paling menarik perhatian ialah beg messenger eksklusif yang hanya akan dijual semasa showcase di Kuala Lumpur. Ini bermakna peminat yang ingin mendapatkan koleksi istimewa tersebut perlu merebut peluang ketika hadir ke acara berkenaan.
Tidak terhad kepada itu, beberapa barangan rasmi baharu seperti tali rantai kunci dan iron-on patch turut disediakan untuk peminat. Koleksi merchandise terdahulu juga boleh didapati sepanjang acara berlangsung.
Kehadiran pelbagai pilihan merchandise ini pastinya menambahkan lagi pengalaman peminat, khususnya mereka yang gemar mengumpul barangan rasmi kumpulan kesayangan sebagai kenangan daripada setiap persembahan.
Oleh itu, bagi yang tidak berkesempatan mendapatkan merchandise secara fizikal, peminat juga boleh meneroka koleksi rasmi menerusi platform dalam talian serta mengakses kandungan eksklusif untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan pembikinan album KAMI INSOMNIACKS.
Insomniacks berharap showcase berkenaan dapat menjadi ruang untuk menghimpunkan peminat lama dan pendengar baharu dalam satu malam yang penuh keseronokan.
“Kami mahu semua orang berseronok dan menikmati keseluruhan pengalaman konsert ini,” kata mereka.
Justeru, buat peminat Insomniacks yang masih belum mendapatkan tiket, masih belum terlambat untuk menjadi sebahagian daripada malam istimewa ini!
Tiket kategori kemasukan umum berdiri bagi showcase KAMI INSOMNIACKS di ODEON KL pada 31 Oktober 2026 masih tersedia dalam jumlah terhad menerusi jualan final lap.
Dapatkan tiket anda sekarang dan bersedia untuk menyanyi bersama, menikmati 14 persembahan istimewa serta membawa pulang merchandise eksklusif Insomniacks. Jumpa anda di ODEON KL!