
Siapa sangka idea perniagaan yang bermula daripada imaginasi kanak-kanak mampu melangkah lebih jauh sehingga ke layar perak?
Dunia keusahawanan kini bukan lagi medan eksklusif golongan dewasa apabila generasi muda turut diberi peluang membuktikan kreativiti, keberanian dan kebolehan mereka mencipta sesuatu yang bernilai.
Lebih menarik, perjalanan itu bakal diterjemahkan dalam bentuk sebuah filem yang akan membawa kisah, idea serta semangat keusahawanan kanak-kanak Malaysia kepada penonton yang lebih luas.
Selepas mencipta kejayaan menerusi tiga musim terdahulu, Goodday Milk kembali dengan Goodday KidSTART 4.0 yang kali ini tampil dengan pendekatan lebih besar dan menyeluruh.
Bukan sekadar pertandingan untuk mencari pemenang, program berkenaan mahu membuka ruang kepada kanak-kanak mengembangkan potensi diri menerusi pembelajaran, pengalaman praktikal serta bimbingan daripada mentor berpengalaman.
Goodday KidSTART 4.0 Bawa Usahawan Cilik Ke Layar Perak, Bukan Sekadar Pertandingan

Perkembangan terbaharu Goodday KidSTART 4.0 memperlihatkan usaha Goodday Milk untuk membawa program keusahawanan kanak-kanak itu melangkaui format pertandingan televisyen yang diperkenalkan sebelum ini.
Menerusi penerbitan sebuah filem baharu, Goodday KidSTART mahu memastikan perjalanan dan idea yang dicetuskan oleh peserta tidak terhenti sebaik sahaja pertandingan berakhir.
Sebaliknya, kisah mereka akan diberikan ruang untuk terus dikongsi dan menjadi inspirasi kepada masyarakat, khususnya generasi muda yang mempunyai minat terhadap dunia perniagaan dan inovasi.
Naib Presiden Pemasaran Etika merangkap jurucakap Goodday Milk, Amy Gan berkata, keputusan membawa KidSTART ke layar perak merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengembangkan impak program tersebut selepas tiga musim penganjuran.
Menurutnya, filem berkenaan bukan sekadar bertujuan membesarkan skala program, sebaliknya membuka peluang untuk memperkenalkan idea dan perjalanan peserta kepada khalayak yang lebih luas.
“Peralihan daripada televisyen ke layar perak bukan sekadar usaha untuk menjadikan KidSTART lebih besar. Sebuah filem memberi kami peluang untuk membawa idea-idea kanak-kanak ini melangkaui pertandingan itu sendiri dan memperkenalkannya kepada khalayak yang lebih luas, termasuk ibu bapa serta keluarga,” katanya.
Jelasnya lagi, pendekatan ini juga memberikan nilai tambah kepada peserta kerana usaha, kreativiti dan keberanian mereka mengetengahkan idea berpotensi mendapat perhatian di luar lingkungan pertandingan.
Menariknya, Goodday KidSTART turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai program keusahawanan kanak-kanak terbesar di Malaysia.
Pencapaian itu bukan sesuatu yang kecil apabila program berkenaan bermula dengan penyertaan seramai 340 peserta pada tahun pertama sebelum berkembang sehingga melibatkan 8,000 pelajar pada Musim Ketiga.
Angka tersebut memperlihatkan peningkatan penyertaan yang ketara sekali gus membuktikan minat generasi muda untuk meneroka dunia keusahawanan semakin mendapat tempat.
Hadiah RM60,000 Menanti! Goodday KidSTART 4.0 Buka Peluang Kepada Bakat Muda
Sehubungan itu, musim keempat Goodday KidSTART menyediakan perjalanan yang lebih tersusun untuk membantu peserta mengembangkan idea masing-masing daripada peringkat awal sehingga ke pentas kebangsaan.
Disamping mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), program ini turut melengkapi pembelajaran di dalam bilik darjah melalui pengalaman praktikal yang memupuk kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah dan komunikasi.
Peserta bukan sahaja akan diperkenalkan kepada asas keusahawanan, malah didedahkan kepada cara mengenal pasti permasalahan dalam kehidupan sebenar sebelum menghasilkan penyelesaian kreatif yang boleh dikembangkan menjadi konsep perniagaan.
Perjalanan bermula menerusi siri jelajah sekolah di seluruh negara yang memberi peluang kepada pelajar mengenali program berkenaan dengan lebih dekat.
Seterusnya, 300 peserta terbaik akan dipilih untuk menyertai bengkel dalam talian dan kem latihan intensif yang dikendalikan pakar. Menerusi sesi tersebut, mereka akan menerima bimbingan bagi memperhalusi idea perniagaan serta memperkukuh kemahiran ketika membuat pembentangan.
Peserta yang berjaya melepasi peringkat seterusnya pula akan melalui latihan lebih intensif sebelum finalis terpilih mara ke Grand Finale.
Di pentas kemuncak itu, mereka perlu membentangkan idea masing-masing kepada panel juri yang terdiri daripada pemimpin industri serta juri jemputan di hadapan penonton secara langsung.
Lebih mencuri perhatian, Goodday KidSTART 4.0 menawarkan hadiah bernilai keseluruhan RM60,000 untuk dimenangi peserta terbaik.
Ganjaran tersebut bukan sekadar pengiktirafan terhadap usaha dan kreativiti mereka, malah boleh menjadi modal permulaan untuk membawa idea perniagaan yang diketengahkan ke tahap lebih jauh.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai impian untuk menghasilkan produk sendiri, mencipta penyelesaian kepada masalah sekeliling atau membangunkan perniagaan kecil-kecilan, peluang seperti ini pastinya menjadi platform berharga untuk mendapatkan pengalaman sebenar.
Pada masa sama, pendedahan kepada mentor dan pakar industri membolehkan peserta memahami bahawa membangunkan sesebuah idea memerlukan perancangan, ketekunan serta keberanian untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Pendaftaran Goodday KidSTART 4.0 Kini Dibuka, Siapa Bakal Jadi Usahawan Cilik Seterusnya?

Pencarian generasi usahawan cilik seterusnya kini bermula apabila Goodday KidSTART 4.0 membuka penyertaan kepada kanak-kanak di seluruh Malaysia yang mempunyai minat terhadap inovasi dan penyelesaian masalah.
Justeru, proses penyertaan dimulakan dengan tugasan yang cukup mudah tetapi memerlukan keyakinan diri.
Peserta hanya perlu menghasilkan video berdurasi satu minit untuk memperkenalkan diri serta membentangkan idea perniagaan masing-masing menerusi laman web rasmi Goodday KidSTART.
Menerusi video ringkas itu, peserta berpeluang dipilih untuk meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya dan menyertai pelbagai sesi pembelajaran yang disediakan.
Pendekatan tersebut memberikan peluang kepada kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang untuk mengetengahkan kreativiti tanpa perlu mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan.
Amy Gan berkata, usaha membangunkan potensi kanak-kanak tidak seharusnya tertumpu kepada pertumbuhan fizikal semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi perkembangan minda, keyakinan dan kreativiti.
“Di Goodday Milk, kami sentiasa percaya bahawa pemakanan yang baik mampu menyokong perkembangan fizikal dan minda. Namun, kami juga percaya bahawa perkembangan kanak-kanak tidak terhad kepada kesejahteraan fizikal semata-mata.
“Menerusi KidSTART, kami mahu memupuk sifat ingin tahu, kreativiti dan keyakinan diri mereka dengan menyediakan pendedahan bermakna, pengalaman praktikal serta peluang untuk merealisasikan idea masing-masing,” jelasnya.
Justeru, Goodday KidSTART 4.0 bukan sekadar mencari pemenang pertandingan, tetapi mahu membuka ruang kepada generasi muda untuk mengenali potensi diri dan berani membawa idea mereka ke peringkat lebih tinggi.
Berbekalkan gabungan pengalaman pembelajaran, bimbingan profesional, peluang memenangi hadiah RM60,000 serta kemunculan sebuah filem baharu, musim keempat ini pastinya membawa sesuatu yang lebih istimewa.
Oleh itu, ibu bapa serta Havoxians yang mempunyai anak berusia muda dengan idea kreatif dan minat terhadap dunia keusahawanan boleh mendaftarkan penyertaan mereka menerusi laman web rasmi GOODDAY KICKSTART 4.0
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam! Siapa tahu, idea kecil yang bermula di rumah mungkin menjadi permulaan kepada kemunculan usahawan cilik dan bintang layar perak Malaysia!