
Belum pun Ramadan menjelma, kemeriahan musim perayaan sudah mula terasa apabila KFC Malaysia tampil berani menggabungkan semangat Tahun Baharu Cina dan kebersamaan Ramadan dalam satu kempen yang cukup luar biasa.
Bermula 3 Februari 2026, jenama kegemaran rakyat Malaysia ini menggabungkan kemeriahan Tahun Baharu Cina (CNY) dan semangat kebersamaan Ramadan dalam satu kempen besar-besaran yang menjanjikan rasa “FUUULLL” — dari segi rasa, pengalaman dan emosi.
Bukan sekadar menghidangkan ayam goreng mereka yang ikonik, KFC kali ini membawa satu naratif perayaan yang lebih mendalam, apabila tampil meraikan kekayaan budaya, nilai perkongsian dan detik bersama insan tersayang.
Lebih menarik lagi, dengan sentuhan emas yang sinonim sebagai lambang kemakmuran dan rezeki, KFC nekad mewarnai seluruh bandar dengan warna ’emas’ bagi sepanjang musim perayaan pada tahun ini.
Malah, kempen ini turut menandakan kemunculan semula Quby, karakter ikonik internet yang terkenal dengan ekspresi relatable dan penuh personaliti.
Kehadiran Quby bukan sahaja menambah elemen hiburan, malah menjadikan kempen ini lebih dekat dengan generasi digital yang gemar mengekspresikan diri secara santai dan kreatif.
KFC ‘Golden Floss Series’ Citarasa Lokal Dengan Sentuhan Perayaan

Tarikan utama bagi kempen kali ini semestinya Golden Floss Series, yang dihasilkan khas untuk memenuhi citarasa dan selera tempatan pada vibes perayaan.
Antara dua menu utama diperkenalkan ialah Golden Floss Crunch terbaharu dan Golden Floss Zinger Mantou yang kembali membuat kemunculan atas permintaan ramai.
Golden Floss Crunch merupakan ketulan ayam yang diberi nafas baharu dengan lapisan rangup yang disaluti sos mayo kam heong berkrim, chicken floss yang savoury sehingga memberikan tekstur rangup yang tiada tandingan.
Malah, setiap suapan direka untuk memberi keseimbangan rasa masin, lemak dan sedikit manis — amat sesuai untuk meraikan musim perayaan yang sinonim dengan kelazatan penuh nikmat bersama keluarga dan rakan taulan.

Manakala, Golden Floss Zinger Mantou merupakan gabungan roti mantou bersaiz mega yang digoreng rangup sehingga keemasan, tetapi masih mengekalkan kelembutan bak kapas di dalam, lebih padu apabila digandingkan bersama kepingan ayam Zinger rangup, sos kam heong serta taburan chicken floss yang gebu.
Gabungan ini berjaya meledak deria rasa dan mencipta sensasi makanan yang padu dan lebih nikmat tika dimakan sewaktu meraikan musim perayaan, sekali gus memberikan impak mewah dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Menu Golden Floss ini ditawarkan dalam pelbagai set yang mesra poket. Antaranya, 2-pc Golden Floss Crunch Combo bermula dari RM22.49 lengkap dengan coleslaw, whipped potato dan minuman sederhana.
Selain itu, Havoxians yang ingin menikmati kedua-dua menu dalam satu hidangan, Golden Floss Box Meal ditawarkan bermula RM24.99. Untuk pilihan lebih ringkas, Golden Floss Zinger Mantou boleh didapati sebagai kombo dari RM19.49 atau secara à la carte pada harga RM15.99.
Bucket Kongsi KFC & Quby: Raikan Kebersamaan, Raya Dengan Gaya!

Musim perayaan sememangnya lebih bermakna apabila dikongsi bersama, dan di sinilah Bucket Kongsi kembali memainkan peranan utama!
Bucket Kongsi yang sinonim untuk majlis kekeluargaan, serta pertemuan bersama rakan-rakan dan juga sebagai juadah iftar berjemaah akan tersedia untuk tempoh terhad sahaja.
Dengan pembaharuan menu yang lebih mantap, hidangan ini merangkumi ayam KFC, Cereal Cheezy Fries (M), whipped potato, coleslaw dan minuman — menjadikannya pilihan ideal untuk berkongsi tanpa perlu berfikir panjang.
Harga bermula dari RM51.99 untuk 6 ketul ayam dan RM83.99 untuk 10 ketul ayam, menjadikannya antara tawaran paling mesra poket pada musim perayaan.
Lebih istimewa, setiap pembelian Bucket Kongsi turut disertakan dengan KFC x Quby Red Packet, selagi stok masih ada — satu sentuhan kecil yang memberi senyuman lebar.
Untuk si cilik pula, setiap Chicky Meal akan disertakan dengan salah satu daripada dua rekaan pelekat eksklusif KFC x Quby. Koleksi ini akan mula ditawarkan di Semenanjung Malaysia pada 6 Februari dan di Sabah dan Sarawak pada 10 Februari 2026.
Kempen ini membuktikan komitmen KFC Malaysia dalam menghasilkan idea yang berasimilasi dengan budaya tempatan, selera rakyat dan kreativiti yang relevan dengan gaya hidup masa kini. Satu perkara pasti — musim perayaan sememangnya lebih indah dan enak apabila ianya FUUULLL!