
Selain makanan, bola sepak mungkin satu lagi “bahasa” yang semua rakyat Malaysia faham. Tak kisahlah Melayu, Cina, India atau bangsa lain, bila pasukan kegemaran turun beraksi, semua boleh duduk semeja, yang pakai jersi pun ada, yang sibuk jadi jurulatih tak bertauliah pun ramai. Plaing best, bila menang sama-sama bersorak, kalah sama-sama membebel. Itulah ‘seronoknya’ bola sepak.
Lebih menarik, budaya ini bukan hanya berlaku di stadium. Restoran mamak sentiasa penuh setiap kali malam perlawanan besar, ruang tamu bertukar menjadi mini stadium, manakala kumpulan WhatsApp pula tidak berhenti dengan pelbagai reaksi dan usikan sesama penyokong. Walaupun sepak mula bermula lewat malam atau awal pagi, ramai sanggup berjaga demi tidak terlepas satu pun aksi.
Menyedari bola sepak sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat Malaysia, WONDA Kopi Tarik tampil menyemarakkan lagi kemeriahan itu menerusi kempen Semarakkan Sokongan Bersama WONDA, sebuah inisiatif yang meraikan semangat penyokong yang sentiasa setia berada di belakang pasukan kegemaran mereka.
WONDA Semarakkan Budaya Penyokong Bola Sepak Malaysia

Kempen Semarakkan Sokongan Bersama WONDA dilaksanakan secara menyeluruh merentasi televisyen, radio, platform digital dan lokasi runcit bagi memastikan pengalaman penyokong terus hidup walaupun di luar stadium.
Antara tarikan utama ialah penerbitan iklan televisyen sinematik hasil kerjasama bersama Astro Shaw yang menampilkan ikon bola sepak negara seperti Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid. Turut memeriahkan kempen ialah pelakon Amir Ahnaf yang kembali menghidupkan watak ikonik Kahar daripada filem Kahar Kapla High Council.
Gabungan pemain bola sepak dan pelakon popular ini memberikan dimensi baharu kepada penceritaan mengenai semangat penyokong yang sentiasa berada di belakang pasukan tanpa mengira keputusan perlawanan.

Menurut Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan, bola sepak sentiasa menjadi medium yang menyatukan rakyat Malaysia dalam satu semangat yang sama.
“Bola sepak bukan sekadar permainan, tetapi satu wadah yang menyatukan rakyat Malaysia untuk dinikmati, dibincangkan, dan disokong bersama. Sebagai rakan penaja setia bola sepak Malaysia, WONDA Coffee mahu menyemarakkan lagi semangat ini dengan menghargai para penyokong serta detik detik yang menjadikan sukan ini begitu istimewa.
Sama ada berjaga hingga lewat malam untuk menyaksikan perlawanan atau mengikuti sorotan aksi pada keesokan paginya, WONDA Coffee sentiasa bersama rakyat Malaysia bagi memastikan mereka kekal bertenaga dan segar sepanjang musim bola sepak,” katanya.
Kenyataan tersebut memperlihatkan bagaimana kempen ini memberi fokus bukan sahaja kepada pemain di atas padang, malah kepada penyokong yang sentiasa menjadi pemain kedua belas dalam setiap perlawanan.
Kisah Di Sebalik Harimau Angkat Sisi Sebenar Wira Bola Sepak Negara

Selain meraikan suasana penyokong, WONDA turut membawa peminat mengenali perjalanan sebenar pemain Harimau Malaya menerusi siri dokumentari lima episod berjudul Kisah Di Sebalik Harimau yang disiarkan di Astro Arena.
Siri dokumentari ini menampilkan Faisal Halim, Fergus Tierney dan Syafiq Ahmad yang berkongsi perjalanan hidup mereka sebelum bergelar pemain kebangsaan.
Daripada cabaran ketika membina kerjaya sehinggalah pengorbanan yang perlu dilakukan demi mengharumkan nama negara, dokumentari ini memberi peluang kepada peminat melihat sisi yang jarang dipaparkan kepada umum.
Pendekatan ini sekali gus membantu membina penghargaan yang lebih mendalam terhadap usaha dan pengorbanan atlet negara. Ia membuktikan bahawa di sebalik setiap jaringan dan kemenangan, terdapat perjalanan panjang yang penuh dengan disiplin, semangat dan pengorbanan.
Melalui penceritaan seperti ini, hubungan antara pemain dan penyokong menjadi lebih erat kerana peminat dapat memahami realiti sebenar yang dilalui oleh mereka yang menyarung jersi Harimau Malaya.
Pengalaman Bola Sepak Bukan Hanya Di Televisyen Tetapi Radio, Media Sosial & Lokasi Runcit

Kempen ini tidak terhenti di kaca televisyen sahaja. Sebagai penaja rasmi rancangan pagi FLYFM, WONDA memperkenalkan segmen WONDA Football Line yang membawakan ulasan eksklusif selama sembilan puluh saat mengenai aksi terbaik yang berlangsung pada malam sebelumnya.
Segmen ini memberi peluang kepada pendengar mengikuti perkembangan bola sepak walaupun ketika memulakan rutin harian. Mereka juga boleh berkongsi pandangan, mengimbau detik penting perlawanan serta mendedikasikan lagu kepada pasukan kegemaran masing-masing.
Dalam masa yang sama, WONDA turut memperluaskan kempen menerusi kandungan digital bersama pencipta kandungan tempatan serta pelbagai peraduan mingguan yang menawarkan jersi Harimau Malaya bertanda tangan dan koleksi eksklusif WONDA bersama Harimau Malaya.
Lebih menarik, menerusi kerjasama bersama myNEWS, pengguna yang membeli enam tin WONDA Coffee berpeluang menebus pemegang kad magnetik edisi terhad WONDA bersama Harimau Malaya melalui aplikasi myNEWS. Koleksi istimewa ini diinspirasikan daripada semangat pemain kedua belas yang sentiasa berdiri teguh memberi sokongan kepada skuad kebangsaan.
Melalui keseluruhan kempen ini, jelas bahawa WONDA bukan sekadar mahu menemani rakyat Malaysia ketika menikmati secawan kopi, tetapi turut menjadi sebahagian daripada pengalaman menyokong bola sepak yang telah lama menjadi budaya masyarakat negara ini.
Bagi Havoxians yang ingin mengikuti perkembangan terkini kempen Semarakkan Sokongan Bersama WONDA, pelbagai aktiviti menarik serta promosi eksklusif boleh didapati menerusi laman Instagram rasmi WONDA Coffee.