
Dari disondol hingga kini dituduh menjadi pelakor, Inara Rusli kembali jadi topik hangat wargamaya! Dua tahun lalu, wanita yang juga mantan isteri penyanyi dan pemuzik Virgoun ini pernah tular hingga ke Malaysia selepas rumahtangganya disondol dan mendedahkan suaminya berlaku curang.
Kini, kontroversi baru pula menyelubungi hidupnya, apabila Inara didakwa menjadi orang ketiga dalam rumahtangga seorang pempengaruh Indonesia, Wardatina Mawa.
Menurut laporan media Indonesia Detik.com, Wardatina mendedahkan bahawa rumah tangganya bergolak akibat gangguan seorang pempengaruh wanita yang menjalinkan hubungan sulit dan berzina dengan suaminya, Insanul Fahmi.
Walaupun tidak menamakan individu itu secara jelas, media tempatan percaya initial IR yang disebut adalah Inara Rusli.
Wardatina Nekad Dedah Hubungan Sulit Suami Dengan Inara Rusli!
“Saya baru melaporkan isu perselingkuhan dan perzinaan suami saya, Insanul Fahmi, dan salah seorang public figure dengan initial IR.
Ini bukan tuduhan tanpa asas, kerana kami memiliki bukti rakaman CCTV yang mengaitkan hubungan mereka,” jelas Wardatina.
Menurut Wardatina, hubungan sulit itu dikatakan bermula pada penghujung Julai 2024, yang awalnya sekadar kerjasama profesional dan rakan kajian.
Namun, pada bulan Ogos 2024, hubungan itu bertukar menjadi sesuatu yang lebih intim. Apabila semuanya telah terbongkar, kedua-dua pihak mengakui menjalinkan hubungan tersebut.
Inara Rusli Tampil Buat Permohonan Maaf

Susulan kontroversi ini, Inara Rusli tampil membuat permohonan maaf. Namun, permohonan tersebut bukan pengakuan bersalah secara langsung.
Permohonan itu disalurkan melalui pengurusnya, Karina Putri, yang turut terkesan dengan kontroversi yang berlaku.
“Dia minta maaf kepada saya. Maaf itu kerana ada berita yang tersebar. Dia tidak mengiyakan atau menidakkan perkara tersebut.
Jadi dia minta maaf kerana telah mengganggu urusan kerja,” kata Karina.
Meski begitu, permohonan maaf ini menimbulkan lebih banyak spekulasi wargamaya. Ramai yang mula berspekulasi, adakah Inara benar-benar terlibat, atau ini sekadar kesalahfahaman yang dibesar-besarkan media dan pihak tertentu?
Media sosial kini dipenuhi pelbagai reaksi. Ada yang bersimpati dengan Wardatina, ada pula yang menuntut penjelasan daripada Inara sendiri.
Selain itu, netizen turut menyoroti cara Inara menangani kontroversi ini, adakah permohonan maaf yang disalurkan melalui pengurus cukup untuk meredakan kemarahan wargamaya? Atau ia akan menjadi isu berpanjangan yang terus menjejaskan reputasinya sebagai public figure?

Di Indonesia, isu ‘pelakor’ atau pihak ketiga dalam rumah tangga sering menjadi topik hangat, justeru kes panas melibatkan Inara Rusli ini pasti tidak terkecuali.
Dari disondol hingga dituduh menyondol, perjalanan Inara Rusli dalam dunia hiburan tidak pernah sunyi dari kontroversi.
Havox percaya, setiap langkahnya kini diperhatikan, dan setiap tuduhan, sama ada benar atau tidak, pasti menjadi buah mulut.
Satu yang pasti, kisah ini mengingatkan kita bahawa dunia hiburan sering memerlukan keberanian bukan sahaja untuk bercakap benar, tetapi juga untuk menghadapi spekulasi yang tidak berkesudahan.

Sama ada Inara Rusli akan tampil menjelaskan segala tuduhan secara langsung atau membiarkan pengurusnya menjadi jurucakap, hanya masa yang akan menentukan, Havoxians mendoakan agar segalanya dapat diselesaikan secara berhemah.
Semoga Inara dapat membersihkan namanya dan menjadi contoh Public Figure yang baik bagi masayarakat indonesia!
Terdahulu, Inara penah mendirikan rumah tangga bersama vokalis Virgoun pada 2014, hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.
Bagaimanapun, Virgoun dan Inara Rusli telah bercerai secara rasmi pada 10 November 2023 setelah Inara Rusli membongkar segala kecurangan yang berlaku di dalam perkahwinanya bersama Virgoun.
Kredit : Detik.com & Instagram Inara Rusli