
Dalam dunia fesyen selebriti, tidak semua memilih untuk tampil sarat dengan perincian atau rekaan dramatik setiap kali tiba musim perayaan. Bagi personaliti televisyen popular, Uyaina Arshad, pendekatan yang lebih sederhana ternyata menjadi identiti yang sukar dipisahkan daripada dirinya.
Tatkala ramai sibuk mengejar warna trend seperti “strawberi matcha” yang kini menjadi bualan hangat di media sosial, Uyaina tampil dengan pendekatan berbeza. Baginya, fesyen bukan sekadar mengikuti arus trend, sebaliknya tentang keselesaan diri dan gaya yang mencerminkan keperibadian.
Ketika ditemui baru baru ini, Uyaina berkongsi kisah menarik tentang pilihan warna raya tahun ini yang turut dipengaruhi oleh keputusan keluarga. Walaupun mengakui menyukai warna strawberi matcha yang sedang viral, beliau akhirnya akur dengan tema yang dipilih oleh ibu mentuanya.
“Sebenarnya tahun ini orang kata warna yang viral adalah strawberi matcha. Yana suka strawberi matcha, tapi nak memaksa dan mengejar Syahiran untuk pakai warna itu yang susah sikit,” katanya sambil ketawa.
Namun dalam soal gaya raya, Uyaina tidak terlalu terikat dengan satu trend semata mata. Sebaliknya beliau lebih selesa mengekalkan estetika yang ringkas, manis dan elegan, selari dengan imej fesyen yang sering menjadi identitinya.
Maroon Jadi Pilihan Busana Raya Uyaina Arshad Tahun Ini
Jika kebanyakan selebriti sibuk merancang tema warna keluarga yang mengikut trend semasa, kisah Uyaina sedikit berbeza. Keputusan akhirnya datang daripada ibu mentuanya yang mencadangkan warna maroon sebagai tema raya keluarga tahun ini.
Menurut Uyaina, keputusan itu dibuat dengan mudah tanpa sebarang perbincangan panjang.

“Bila ibu mertua Yana dah kata tahun ini kita pakai maroon, okey ON saja pakai maroon,” jelasnya.
Walaupun begitu, Uyaina tidak menafikan bahawa warna strawberi matcha tetap mempunyai tempat istimewa di hatinya kerana gabungan warna yang kelihatan lembut dan manis.
“Macam nak jugalah ada baju strawberi matcha tu sebab comel kan, cute saja,” katanya.
Selain strawberi matcha, Uyaina turut menyedari bahawa warna lain seperti teal blue turut menjadi pilihan ramai pereka dan peminat fesyen tahun ini. Trend warna yang pelbagai ini menunjukkan bagaimana fesyen raya sentiasa berkembang dan memberi ruang kepada pelbagai gaya ekspresi.
Namun bagi Uyaina, trend hanyalah inspirasi dan bukan kewajipan untuk diikuti sepenuhnya.
Uyaina Arshad Kekal Dengan Identiti Fesyen Ringkas Tetapi Memikat

Walaupun sering dilihat tampil elegan di kaca televisyen dan majlis majlis rasmi, Uyaina sebenarnya mengakui dirinya seorang yang sangat ringkas dalam soal gaya peribadi.
Baginya, fesyen yang baik tidak semestinya perlu sarat dengan perincian atau aksesori yang berlebihan. Kesederhanaan sering kali memberikan impak yang lebih kuat.
“Yana sebenarnya orang yang sangat sangat simple. Apa yang semua tengok Yana pakai ini, macam ini jugalah sebenarnya di hari raya,” katanya.
Tambahnya lagi, gaya yang dipilih biasanya tidak terlalu berat atau sarat. Sebaliknya beliau lebih selesa memilih rekaan yang ringan, manis dan mudah digayakan sepanjang hari raya.
“Tak ada terlalu sarat, tak ada terlalu heavy. Simple simple saja, manis manja,” jelas Uyaina.
Pendekatan ini juga membuatkan gaya Uyaina sering menjadi rujukan ramai peminat fesyen yang gemarkan penampilan elegan tetapi tidak berlebihan.
Gaya Minimalis Jadi Pilihan Uyaina Arshad Untuk Busana Raya

Apabila ditanya tentang kecenderungan gaya sama ada klasik, moden atau minimalis, Uyaina mengakui bahawa dirinya lebih dekat dengan konsep minimalis yang lembut dan feminin.
Bagi Uyaina, gaya minimalis memberikan ruang untuk seseorang itu tampil lebih natural tanpa perlu bergantung kepada terlalu banyak elemen fesyen.
Pendekatan ini juga selari dengan gaya hidupnya yang lebih santai dan praktikal terutama ketika menyambut hari raya yang biasanya dipenuhi dengan aktiviti ziarah keluarga dan sahabat.
Dalam dunia fesyen yang sering berubah dengan pantas, gaya minimalis yang menjadi pilihan Uyaina membuktikan bahawa kesederhanaan tetap mempunyai daya tarikannya tersendiri.
Pilihan potongan yang kemas, warna yang elegan serta sentuhan feminin yang lembut menjadikan penampilan Uyaina sentiasa kelihatan segar tanpa perlu mencuba terlalu keras.
Malah gaya ini juga memberikan mesej jelas bahawa fesyen bukan semata mata tentang mengikut trend, tetapi tentang memahami diri sendiri dan memilih apa yang benar benar selesa.
Dalam era di mana trend boleh berubah hampir setiap musim, pendekatan Uyaina yang memilih gaya ringkas tetapi manis mungkin sebenarnya adalah rahsia sebenar untuk tampil elegan sepanjang masa.