
Selama 12 jam tanpa henti, Pestapora 2026 bakal jadi festival paling “berdosa” tahun ini apabila ribuan peminat muzik dijangka membanjiri Stadium Hoki Nasional untuk satu pengalaman yang bukan sekadar konsert, tetapi sebuah perayaan budaya serumpun yang penuh tenaga.
Kali ini lebih 15 artis dari Malaysia dan Indonesia bakal menguasai pentas, festival ini hadir sebagai sambungan kepada fenomena tahun lalu yang berjaya menarik 25,000 pengunjung termasuk ribuan peminat antarabangsa.
Dari dentuman band alternatif hingga alunan pop puitis yang meresap kedalam emosi, setiap detik disusun untuk membuat penonton tenggelam dalam suasana yang hidup dan sukar dilupakan.
Apa yang menjadikan Latihan Pestapora Malaysia 2026 lebih daripada festival biasa adalah keberaniannya menggabungkan dua dunia muzik yang sudah lama saling mempengaruhi antara satu sama lain dalam satu pengalaman yang benar benar imersif.
Lebih menarik, edisi kali ini hadir dengan penambahbaikan menyeluruh dari segi susunan artis, pengalaman ruang festival dan interaksi penonton, menjadikannya bukan sekadar acara hiburan, tetapi satu perjalanan yang membina memori dari awal hingga akhir.
“Kami mahu membawa pengalaman yang lebih dekat dengan peminat Malaysia, bukan sekadar lineup yang kuat tetapi suasana festival yang benar benar hidup dan berjiwa,” jelas wakil penganjur.
Kejayaan ‘Pestapora Malaysia’ Ubah Landskap Festival Serumpun

Edisi pertama Latihan Pestapora Malaysia telah mencipta impak yang bukan kecil dalam industri muzik tempatan dan serantau dengan kehadiran 27 artis dari Malaysia dan Indonesia, festival ini berjaya menyatukan dua pasaran muzik yang sebelum ini bergerak secara selari tetapi jarang bertembung dalam skala besar.
Nama seperti Bunkface, Bittersweet, Pamungkas, Kunto Aji dan Nadin Amizah bukan sahaja menarik peminat setia masing masing, malah berjaya memperkenalkan muzik mereka kepada audiens baharu.
Malah, kemunculan istimewa Sheila On 7 pula menjadi detik paling emosional apabila ribuan peminat menyanyi bersama dalam satu momen yang sukar dilupakan.

Lebih mengagumkan, festival ini mencatat kehadiran sekitar 25,000 pengunjung termasuk 10,000 pelawat antarabangsa.
Angka ini bukan sekadar statistik, tetapi bukti bahawa permintaan terhadap festival muzik rentas budaya semakin meningkat. Ia juga membuka ruang kepada peminat Malaysia untuk meneroka Pestapora di Jakarta, sekali gus memperkukuh hubungan dua hala dalam ekosistem muzik serumpun.
“Apa yang berlaku tahun lalu bukan sekadar konsert, tetapi satu gerakan budaya yang menyatukan peminat dari dua negara,” tambah penganjur.
Pestapora 2026 Janji Pengalaman Festival Lebih Padu!

Untuk edisi 2026, Latihan Pestapora Malaysia bukan sekadar mengulangi formula lama. Sebaliknya, ia tampil dengan penambahbaikan yang menyeluruh dari segi pengalaman pengunjung. Ruang festival diperluaskan dengan lebih 50 vendor makanan dan gaya hidup yang dijangka memberikan pilihan lebih pelbagai kepada pengunjung.
Selain itu, setiap pemegang tiket akan menerima botol air mineral percuma sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keselesaan sepanjang festival berlangsung. Walaupun nampak kecil, perincian seperti ini memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman keseluruhan pengunjung.
Dari segi muzik, lebih 15 artis akan tampil dalam festival selama 12 jam tanpa henti. Durasi kali ini memberi fokus kepada keseimbangan antara artis popular dan bakat yang sedang meningkat naik, menjadikan setiap segmen festival terasa segar dan tidak monoton.
“Kami tidak hanya mahu penonton datang dan menonton, tetapi benar benar merasai perjalanan festival dari awal hingga akhir,” jelas wakil penganjur.
Gabungan Artis Malaysia Dan Indonesia Kukuhkan Identiti Pestapora 2026

Apa yang membezakan Latihan Pestapora Malaysia daripada festival lain adalah pendekatannya dalam menyatukan dua identiti muzik yang berbeza tetapi serasi. Malaysia dengan kekuatan pop moden dan alternatifnya, manakala Indonesia dengan keunikan lirik puitis dan susunan muzik yang lebih eksperimental.
Gabungan ini bukan sahaja memberi variasi kepada penonton, tetapi juga membuka peluang kolaborasi yang lebih luas antara artis dua negara. Dalam jangka masa panjang, ia berpotensi melahirkan lebih banyak karya rentas sempadan yang mampu menembusi pasaran lebih besar.
Fenomena ini juga selari dengan perubahan selera pendengar generasi muda yang semakin terbuka kepada muzik dari negara jiran. Platform digital telah merapatkan jurang tersebut, dan festival seperti ini menjadi manifestasi fizikal kepada perubahan itu.
“Pestapora bukan sekadar festival, ia adalah ruang pertemuan idea, budaya dan identiti muzik serumpun,” kata penganjur lagi.
Dengan segala yang ditawarkan, Latihan Pestapora Malaysia 2026 dilihat sebagai antara festival muzik yang WAJIB Havoxians hadir tahun ini.
Jualan tiket “Blind Sale” untuk kategori General Admission akan bermula pada 30 April 2026 jam 2 petang dengan harga RM129 tidak termasuk caj tambahan. Untuk mendapatkan tiket dan maklumat lanjut, layari laman rasmi di PESTAPORA 2026 atau ikuti perkembangan terkini di media sosial @latihanpestapora.my.