
Siapa sangka, hanya dengan menikmati sebatang KitKat, anda mungkin menjadi antara rakyat Malaysia yang menyaksikan sendiri aksi Formula 1 Singapore Grand Prix 2026 dari tempat duduk penonton. Kedengaran seperti mimpi, namun itulah pengalaman luar biasa yang kini dibawa menerusi kolaborasi global bersama Formula 1 yang akhirnya tiba secara rasmi di Malaysia.
Di sebalik coklat yang cukup sinonim dengan slogan Have a Break Have a KitKat, tersembunyi sebuah kempen berskala antarabangsa yang menggabungkan keterujaan perlumbaan Formula 1, pengalaman interaktif dan peluang memenangi hadiah yang sukar ditolak. Lebih menarik, pelancarannya hadir bersempena ulang tahun ke-90 KitKat dan ulang tahun ke-75 Formula 1, sekali gus menjadikan Malaysia sebahagian daripada sambutan global dua jenama ikonik dunia.
Daripada simulator perlumbaan sehinggalah peluang terbang ke Singapura bagi menyaksikan perlumbaan paling dinantikan di Asia, kempen ini membuktikan bahawa sebuah momen rehat juga mampu menjadi permulaan kepada pengalaman yang tidak akan dilupakan.
KitKat x Formula 1 Satukan Semangat Rehat & Aksi Berprestasi Tinggi

Selama lebih enam dekad, slogan ikonik Have a Break Have a KitKat menjadi simbol kepada kepentingan menikmati waktu rehat walaupun hanya untuk beberapa minit. Dalam dunia Formula 1 pula, pit stop merupakan antara detik paling penting yang menentukan kejayaan sesebuah pasukan.
Persamaan falsafah inilah yang menjadi asas kepada kerjasama antara dua jenama ikonik dunia tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata Formula 1 kini bukan sekadar sukan permotoran, malah telah berkembang menjadi fenomena budaya yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi baharu.

“Formula 1 telah berkembang menjadi salah satu fenomena budaya paling berpengaruh pada era ini yang menarik minat generasi baharu peminat di Malaysia dan rantau ini.
Kerjasama ini dibawa ke Malaysia sebagai lanjutan kepada misi untuk mengingatkan orang ramai agar berhenti sejenak, menyegarkan diri dan menikmati setiap detik.
Kami mahu setiap rakyat Malaysia, tidak kira peminat setia Formula 1 mahupun yang baru mengenali sukan ini, dapat merasai keterujaannya sambil menemukan momen rehat yang benar benar bermakna.”
Menurut beliau lagi, kolaborasi ini diharap mampu memberikan pengalaman yang lebih dekat kepada peminat tempatan untuk menikmati kehangatan Formula 1 tanpa perlu meninggalkan negara.
Jelajah KitKat Formula 1, Bawa Pengalaman Di Litar Perlumbaan

Bagi menghidupkan lagi kempen ini, siri jelajah khas turut diperkenalkan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang yang membawa pengalaman Formula 1 lebih dekat kepada orang ramai.
Pengunjung bukan sahaja dapat melihat sendiri rangkaian produk edisi terhad, malah berpeluang menguji kemahiran menerusi simulator perlumbaan yang memberikan pengalaman pemanduan hampir menyamai suasana sebenar di litar.
Aktiviti interaktif ini memberi peluang kepada peminat merasai debaran mengendalikan jentera Formula 1 sambil memahami bagaimana setiap saat memainkan peranan penting dalam perlumbaan sebenar.
Pendekatan yang menggabungkan hiburan, teknologi dan pengalaman secara langsung ini sekali gus menjadikan kempen ini lebih daripada sekadar promosi produk. Sebaliknya, ia menjadi platform untuk membawa peminat lebih dekat dengan dunia perlumbaan yang selama ini hanya dapat ditonton menerusi siaran televisyen.
Beli Dan Rebut Peluang Ke Formula 1 Singapore Grand Prix 2026

Selain pengalaman jelajah, kempen ini turut menawarkan ganjaran yang pastinya menjadi impian setiap peminat Formula 1.
Dengan pembelian minimum RM10 bagi produk KitKat yang mengambil bahagian, pengguna hanya perlu memuat naik resit pembelian menerusi laman mikro peraduan atau WhatsApp untuk menyertai pertandingan yang berlangsung selama 12 minggu.
Lebih 1,000 hadiah menanti para pemenang termasuk koleksi eksklusif yang hanya ditawarkan sepanjang kempen berlangsung.
Paling istimewa, seorang pemenang Hadiah Utama bakal membawa pulang pakej lengkap ke FORMULA 1 SINGAPORE AIRLINES SINGAPORE GRAND PRIX 2026 untuk dua orang. Hadiah tersebut merangkumi peluang menyaksikan perlumbaan secara langsung di Litar Jalan Raya Marina Bay serta penginapan hotel lima bintang di Singapura.
Lima lagi pemenang Hadiah Pertama pula akan menerima sepasang tiket Pit Grandstand selama tiga hari bagi menikmati keseluruhan aksi hujung minggu perlumbaan yang menjadi antara acara Formula 1 paling dinantikan di Asia.
Rangkaian KitKat Formula 1 Edisi Terhad kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan platform dalam talian di seluruh negara. Kepada peminat Formula 1 mahupun pencinta coklat, inilah masa terbaik untuk mendapatkan koleksi eksklusif ini sementara stok masih ada.
Untuk menyertai peraduan dan mengetahui maklumat lanjut mengenai produk yang mengambil bahagian serta terma dan syarat, layari laman sesawang KITKAT MALAYSIA.
Havoxians juga boleh mendapatkan produk melalui Kedai Rasmi KitKat di Shopee dan Lazada bagi merebut peluang membawa pulang pengalaman Formula 1 Singapore Grand Prix 2026.