
Kalau hujung minggu ini masih belum mempunyai rancangan, nampaknya Sunway City Kuala Lumpur bakal menjadi antara lokasi yang paling meriah untuk disinggahi.
RM160,000 untuk dimenangi, barisan artis popular di satu pentas dan paling menarik, kemasukannya PERCUMA! Kalau itu masih belum cukup untuk membuatkan hujung minggu anda berubah arah, Tune Talk Turns 17th Birthday Bash mungkin ada sebab yang lebih besar untuk anda singgah ke Sunway City Kuala Lumpur.
Berlangsung selama dua hari pada 15 dan 16 Ogos ini, sambutan ulang tahun ke 17 tersebut bakal menghimpunkan DOLLA, Noh Salleh, Priscilla Abby, Jestinna & Danny, Empty Page dan Ismail Izzani dalam sebuah pesta muzik yang turut dilengkapi pilihan makanan, pengalaman VIP serta cabutan bertuah dengan hadiah bernilai keseluruhan RM160,000.
Lebih menarik, ini bukan sekadar acara untuk pelanggan. Rakyat Malaysia juga boleh menikmati kemeriahan tersebut secara percuma dengan memuat turun dan mendaftar melalui aplikasi Tune Talk.
Jadi, sebelum hujung minggu anda dipenuhi dengan rancangan yang sama seperti biasa, mungkin sudah tiba masa untuk tanya satu soalan.
Kalau muzik, makanan dan peluang membawa pulang hadiah lumayan semuanya ada di satu tempat, kenapa tidak singgah?
Tune Talk Turns 17 Tampil Dengan Barisan Artis Tempatan

Pentas utama Tune Talk Turns 17th Birthday Bash bakal dihiasi persembahan daripada barisan artis dengan latar muzik yang berbeza, sekali gus menjadikan acara ini lebih bervariasi untuk dinikmati pengunjung.
Kumpulan wanita popular DOLLA antara nama yang dijangka mencuri perhatian, selain ikon muzik indie Noh Salleh dan sensasi EDM Mandopop, Priscilla Abby.
Tidak ketinggalan duo pop Jestinna & Danny, kumpulan indie Empty Page serta penyanyi R&B Ismail Izzani. Acara turut menampilkan barisan penghibur dan DJ seperti DJ Blink, DJ Musher, Chloe Yuz dan Joshua Fung.
Kepelbagaian genre ini menjadikan Birthday Bash tersebut lebih dekat dengan cita rasa pendengar daripada pelbagai generasi, daripada peminat muzik arus perdana sehinggalah mereka yang gemarkan bunyi indie dan elektronik.
Menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Gurtaj Singh Padda, sambutan ulang tahun kali ini bukan sekadar mengenai penganjuran sebuah acara.
“Kami tidak mahu sekadar mengadakan sebuah acara, sebaliknya kami mahu mencipta satu sambutan yang menghimpunkan orang ramai untuk bersama-sama mencipta kenangan bermakna yang akan kekal dikenang,” Katanya.
Kenyataan tersebut cukup menggambarkan hala tuju Birthday Bash yang mahu menjadikan pengunjung sebahagian daripada pengalaman, bukannya sekadar datang untuk menyaksikan persembahan di atas pentas.
Hadiah RM160,000 dan pengalaman VIP tambah tarikan Birthday Bash

Kalau persembahan muzik menjadi sebab utama untuk hadir, cabutan bertuah pula mungkin menjadi salah satu perkara yang membuatkan pengunjung mahu terus berada di lokasi.
Menariknya, mereka turut menyediakan kumpulan hadiah bernilai keseluruhan RM160,000, termasuk tiket kelas perniagaan ke Seoul, Honor Pad 9, jam tangan pintar HUAWEI Watch GT Series, pas tahunan ke Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun, syiling emas HABIB serta pelbagai barangan eksklusif.
Dalam masa sama, pengguna baharu dan sedia ada Epik+ 50 turut berpeluang menikmati akses VIP menerusi Exclusive Rockstar Zone.
Pengalaman tersebut merangkumi akses tontonan pentas secara keutamaan, lounge khas, peluang bertemu artis terpilih serta beberapa keistimewaan eksklusif yang membolehkan peminat berada lebih dekat dengan suasana persembahan.
Selain muzik dan hadiah, pengunjung juga boleh menikmati pilihan makanan menerusi bazaar khas oleh KL Foodie.
Antara vendor yang bakal mengambil bahagian termasuk Contour PJ, Tasty Açaí, 1More Pizza, Chaboys Matcha dan Topshelf TTDI.
Gabungan muzik, makanan dan aktiviti sepanjang dua hari ini menjadikan Birthday Bash lebih menyerupai festival hujung minggu berbanding sambutan ulang tahun korporat yang konvensional.
Kasi Tune hidup menerusi sambutan bersama komuniti Malaysia

Ulang tahun ke 17 bukan sekadar meraikan usia jenama yang semakin matang, tetapi turut menjadi ruang untuk memperkenalkan semula janji jenama Kasi Tune kepada orang ramai.
Pengurus Besar Pemasaran Tune Talk, Jill Yeap berkata, konsep tersebut membawa maksud yang lebih besar daripada sekadar slogan pemasaran kerana ia berkait rapat dengan cara jenama itu mahu memberikan pengalaman kepada pelanggan.
“Kasi Tune menggambarkan cara kami berkhidmat kepada rakyat Malaysia setiap hari dengan memudahkan pilihan, menghubungkan orang ramai kepada pengalaman yang bermakna, serta mencipta nilai lebih besar melalui ganjaran, manfaat gaya hidup dan komuniti,” jelasnya.
Selepas 17 tahun dalam industri, syarikat telco ini melihat perubahan cara rakyat Malaysia berhubung sebagai antara perkara yang membentuk perjalanan jenama tersebut.
Daripada generasi pelajar dan golongan profesional muda kepada keluarga serta usahawan, keperluan terhadap perkhidmatan mudah alih kini bukan lagi sekadar mengenai panggilan dan data, sebaliknya turut berkait dengan gaya hidup digital, hiburan dan pengalaman seharian.
Justeru, sambutan kali ini turut membawa mesej bahawa hubungan dengan pelanggan tidak hanya berlaku menerusi rangkaian telekomunikasi, tetapi juga melalui pengalaman yang dikongsi bersama komuniti.

Birthday Bash itu dijangka menjadi kemuncak kepada sambutan ulang tahun ke-17 ini dengan pendekatan yang lebih santai, terbuka dan dekat dengan budaya hiburan tempatan.
Jadi, kalau Havoxians sudah merancang untuk ke Sunway City Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Ogos, pastikan kawasan Open Carpark di hadapan Sunway Resort Hotel berada dalam radar. Dengan kemasukan percuma, persembahan muzik secara langsung, pilihan makanan serta peluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM160,000, hujung minggu ini nampaknya memang ada sebab untuk tidak duduk diam di rumah.
Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke 17, Tune Talk meneruskan komitmennya untuk menawarkan pengalaman mudah alih yang lebih pintar, pantas dan memberikan nilai kepada pelanggan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai parti hari jadi berprestij ini dan tawaran berkaitan, orang ramai boleh melayari laman rasmi Tune Talk atau mengikuti mereka di Facebook, Instagram dan X.