
Filem seram tempatan 2025 paling epik! Malam Terlarang bawa mitos Nusantara Pamakbul ke layar, siap dengan plot twist yang mind-blowing.
Belum pun ditayangkan secara rasmi, filem Malam Terlarang sudah menggugah jiwa peminat horror tanah air apabila trailer rasminya mencetuskan fenomena — ramai tak sangka naskhah hebat ini sebenarnya berasal dari Malaysia!
Rata-rata warganet menyangka ia filem dari negara jiran, Indonesia yang sinonim dengan filem bergenre seram. Namun, karya terbitan Astro Shaw kali ini nyata membuktikan bahawa filem seram tempatan 2025 juga mampu berdiri megah dengan “nafas baharu” setanding produksi bertaraf antarabangsa.
Lebih membanggakan, Malam Terlarang menduduki tempat pertama carta Top 10 Filem GSC pada hari pertama tayangan awalnya, 27 Oktober 2025. Setelah hampir seminggu ditayangkan, karya seram luar biasa ini berjaya meraih kutipan sebanyak tujuh juta ringgit sejak ianya ditayangkan.
Hasil sentuhan pengarah wanita berbakat, Nurhanisham Labu Muhammad, naskhah ini meninggalkan kesan mendalam dalam hati penggemar filem seram. Sejak tayangan perdananya, ruang komen di media sosial Astro Shaw dibanjiri reaksi positif dan pujian dari penonton yang teruja dengan kualiti filem ini.
Ritual Nusantara ‘Puja Pantai’ & Mitos Pamakbul
Bagi penggemar filem seram, Malam Terlarang wajib ditonton — bukan sekadar untuk rasa seram, tapi untuk alami pengalaman “meremang” yang disulam dengan mitos lagenda Nusantara.
Filem ini mengetengahkan kisah Dewi Laut Nusantara, atau lebih dikenali sebagai Pamakbul — entiti laut dalam mitologi masyarakat pesisir Jawa dan Selat Melaka. Dikatakan mampu memenuhi hajat manusia dengan bayaran berupa darah, janin, atau jiwa manusia itu sendiri.

Filem Seram Tempatan 2025, Dedah Ritual Nusantara ‘Puja Pantai’
Menurut legenda, Pamakbul asalnya seorang wanita Jawa abad ke-17 yang dihukum mati kerana ilmu hitam dan amalan kejam. Sebelum jasadnya dihumban ke dalam laut, dia bersumpah:
“Sapa sing nyebut jenengku, bakal tak makbolke pangajabe — nanging jiwane dadi tumbal.”
(Sesiapa yang menyebut namaku, akan aku kabulkan hajatnya — namun jiwanya menjadi galang ganti.)
Hingga kini, jasadnya dikatakan tidak pernah ditemui. Penduduk pesisir Jawa Timur hingga ke pantai barat Semenanjung Malaysia mendakwa melihat bayangan wanita menari di atas ombak bulan mengambang — dipercayai jelmaan Pamakbul.
Kenapa Wajib Tonton ‘Malam Terlarang’

Malam Terlarang bukan sekadar filem seram tempatan biasa — ia membawa refleksi tentang manusia yang sanggup menggadaikan jiwa demi harta, cinta dan dendam.
Naskhah ini mengupas sisi gelap manusia yang buta hati hingga sanggup menjadi “hamba iblis” demi memenuhi nafsu duniawi. Keunikan cerita ini sarat dengan plot twist yang dijamin membuat penonton mind-blown dan terkesima hingga ke akhir.
Nak tahu apa yang buat ramai heboh tentang filem ni? Kena tonton sendiri di pawagam berhampiran!

Trivia Menarik Filem ‘Malam Terlarang’
Lokasi utama penggambaran, rumah keluarga Omar, adalah rumah sebenar yang dibina sejak tahun 1987 — terletak betul-betul bersebelahan tanah perkuburan!
Sepanjang penggambaran, kru produksi dan pelakon dilaporkan mengalami beberapa gangguan mistik yang sukar dijelaskan.
Unsur ritual Nusantara seperti pemujaan pantai dan semangat laut menjadikan filem ini berbeza daripada kebanyakan filem seram tempatan.
Zul Ariffin tampil luar biasa sebagai Omar — sanggup melakukan transformasi penuh dari “Abang Sado” kepada lelaki separuh baya dengan perut boroi demi menjiwai watak.
Jadi tunggu apa lagi? Masih belum terlambat untuk alami sendiri filem seram tempatan paling ‘next level’ tahun 2025!
Tayangan filem seram tempatan kini berlangsung di pawagam seluruh negara, selepas pelancaran awal di Kemboja pada 27 Oktober dan tayangan serentak di Malaysia serta Brunei pada 30 Oktober 2025.
Kredit Video : Instagram Sharifah Haneesya, Tik Tok Min The Rose & Yotube Astro Shaw