
Malam penuh glamor KamiSempoi Golden Award 2025 bukan sekadar menyaksikan barisan pencipta kandungan digital dan Live Host TikTok diraikan atas pencapaian mereka sepanjang tahun lalu, malah turut mencipta beberapa detik yang cukup mencuri perhatian.
Antara yang paling menyerlah ialah Adelyn Heng yang sekali lagi membuktikan dominasinya apabila mengekalkan kemenangan bagi kategori Top Creator of the Year dan My Creator of the Year 2025, sekali gus melengkapkan rekod kejayaan empat tahun berturut turut.
Malam anugerah yang berlangsung pada 28 Ogos 2026 di Confetti KL Glitz Gala Ballroom, Pusat Perdagangan Mines 2, Mines Wellness City, Seri Kembangan itu turut menyaksikan kejutan besar apabila CEO KamiSempoi International Agency (KSIA), Pakcik Chin Swee, sendiri dinobatkan sebagai pemenang Grand Lucky Draw dan membawa pulang sebuah Harley Davidson Road Glide CVO.
Mengangkat nuansa bertemakan “Echoes of Gatsby”, malam tersebut menjadi lebih daripada sekadar acara penghargaan apabila kejayaan individu, semangat komuniti dan hala tuju baharu industri live streaming bergabung dalam satu pentas.
Adelyn Heng Kekal Ungguli Empat Tahun Dalam KamiSempoi Golden Award 2025

Pencapaian Adelyn Heng menjadi antara sorotan utama KamiSempoi Golden Award 2025 apabila beliau sekali lagi berjaya mempertahankan kedudukannya dalam kategori Top Creator of the Year dan My Creator of the Year 2025.
Lebih signifikan, kemenangan tersebut meneruskan rekod kejayaan Adelyn untuk empat tahun berturut turut, membuktikan konsistensi dan komitmen beliau dalam membina kerjaya sebagai Live Host TikTok.
Bagi Adelyn, pengiktirafan tersebut bukan sekadar trofi untuk memenuhi koleksi peribadi, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus belajar, memperbaiki diri dan meningkatkan kualiti sebagai seorang Live Host.
“Saya sangat gembira dan bersyukur kerana sekali lagi diberi kepercayaan untuk menerima pengiktirafan ini. Kemenangan empat tahun berturut turut ini sangat bermakna buat saya dan pastinya menjadi pembakar semangat untuk saya terus belajar, berkembang dan menjadi Live Host TikTok yang lebih baik,” katanya.
Dalam masa sama, Adelyn turut menekankan kepentingan persaingan sihat dalam kalangan komuniti Live Host dengan kejayaan tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang perlu dicapai secara bersendirian.
“Saya juga ingin melihat rakan rakan Live Host TikTok yang lain turut berjaya. Saya percaya kita boleh bersaing secara sihat tetapi dalam masa yang sama saling menyokong, berkongsi ilmu dan membantu antara satu sama lain untuk berkembang.
“Bagi saya, kejayaan bukan hanya apabila kita berjaya seorang diri, tetapi apabila kita dapat melihat lebih ramai orang di sekeliling kita turut naik dan mencapai kejayaan,” jelasnya.
Selain Adelyn, IsseyMiyakeSg turut menjadi antara nama yang menyerlah pada malam tersebut menerusi pencapaian dan prestasi konsisten sebagai Live Host dari Singapura.
Kehadiran beliau memperlihatkan perkembangan komuniti KSIA yang semakin meluas merentasi sempadan, sekali gus mencerminkan potensi industri live streaming sebagai ruang membina pengaruh dan kerjaya di peringkat serantau.
Pakcik Chin Swee Terima Hadiah Harley-Davidson Road Glide CVO Pemberian M Route 19 Selaku Penaja Utama.

Lebih mencuri perhatian, Pakcik Chin Swee sendiri menerima kejutan apabila namanya terpilih apabila membawa pulang sebuah motosikal berkuasa tinggi, Harley-Davidson Road Glide CVO pemberian daripada M Route 19. Ia merupakan antara detik paling istimewa dalam malam penuh gemilang tersebut.
Menariknya, Pakcik Chin Swee mengakui dirinya benar-benar tidak menjangkakan namanya tersenarai, malah menganggap hadiah tersebut sebagai sesuatu yang cukup bermakna selepas bertahun tahun membangunkan komuniti KSIA.
“Saya rasa benda ini speechless. Saya tidak pernah menjangka apa yang saya buat selama ini akan mendapat balasan seperti ini. Saya tidak pernah melakukan semua ini demi mengharapkan sesuatu sebagai balasan. Bagi saya, ini adalah malam untuk anak-anak saya.
Beliau turut menyifatkan motosikal berkenaan sebagai antara hadiah yang pernah diidamkannya.
“Saya memang tidak pernah terfikir saya akan menerima hadiah yang saya idamkan sebagai seorang lelaki, iaitu sebuah Harley Davidson Road Glide CVO. Saya sangat menghargainya dan saya anggap ini adalah satu kenangan yang sangat istimewa,” ujarnya.
Jika kemenangan Adelyn menjadi simbol konsistensi, Pakcik Chin Swee pula terharu menerima kejutan yang langsung tidak dijangka olehnya.
Kejutan tersebut melengkapkan kemeriahan KamiSempoi Golden Award 2025 yang menawarkan jumlah keseluruhan nilai penganjuran dan hadiah dianggarkan mencecah RM600,000.
Penganjuran tahun keempat berturut turut itu dianjurkan oleh KamiSempoi International Agency bagi mengiktiraf, menghargai dan meraikan pencapaian pencipta kandungan digital serta Live Host TikTok di bawah naungan KSIA dari Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Sebanyak 20 kategori dipertandingkan, merangkumi pengiktirafan kepada Live Host, Sub Agency, Gifter dan Main Sponsor yang menyumbang kepada perkembangan ekosistem KSIA.
Antara kategori utama yang diperkenalkan ialah Top Host Malaysia, Top Host Singapore dan Top Host Indonesia. Bagaimanapun, kategori Top Host Indonesia tidak tersenarai dalam senarai pengiktirafan bagi edisi kali ini.
Penilaian pencapaian pemenang turut mengambil kira prestasi pendapatan dan jumlah diamond yang direkodkan sepanjang Januari hingga Disember 2025.
Majlis tersebut turut mendapat sokongan M Route 19 sebagai penaja utama dan MK Media Studios sebagai penaja bersama.
KamiSempoi Premier Academy Jadi Langkah Baharu Profesionalkan Industri Live Streaming

Di sebalik kemeriahan malam anugerah, KSIA turut membawa satu pengumuman yang lebih besar menerusi pelancaran KamiSempoi Premier Academy.
Inisiatif tersebut diwujudkan bagi melatih dan membangunkan generasi baharu profesional Live Host yang mahu menjadikan live streaming sebagai satu kerjaya.
Menurut Pakcik Chin Swee, fokus utama KSIA bukan hanya untuk melahirkan beberapa nama besar, tetapi membuka lebih banyak ruang kepada anggota komuniti untuk berkembang dan mencapai kejayaan masing masing.
“Sejujurnya, saya bukan mahu hanya ada seorang Adelyn Heng, seorang IsseyMiyakeSg atau seorang love.lilysa.
Saya mahu ramai seperti mereka yang boleh berjaya dan berkembang bersama dalam bidang Live Host TikTok. Kalau semakin ramai anak-anak KamiSempoi berjaya, bagi saya itulah kepuasan yang sebenar,” tambahnya.
Beliau turut mengakui usaha menguruskan komuniti yang kini melibatkan kira kira 4,500 Live Host TikTok bukan sesuatu yang mudah kerana setiap individu mempunyai perjalanan, cabaran dan matlamat tersendiri.
“Benda ini melibatkan manusia. Bukan senang untuk kita pimpin semua orang berjalan bersama sama. Tetapi saya sangat bersyukur kepada mereka yang masih rapat dengan saya, masih percaya kepada KSIA dan masih memilih untuk bergerak bersama-sama,” katanya.

KamiSempoi Premier Academy bakal memberi penekanan kepada pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk menjadi Live Host profesional termasuk komunikasi, pengendalian LIVE, pembangunan kandungan, personal branding, penampilan dan grooming, persembahan, interaksi bersama penonton serta kualiti produksi LIVE.
Penubuhan akademi tersebut memperlihatkan usaha KSIA untuk membawa bidang live streaming ke tahap yang lebih profesional dengan memberi penekanan kepada ilmu, kemahiran dan pembangunan bakat.
Langkah itu turut selari dengan perkembangan ekonomi digital yang menyaksikan live streaming semakin berkembang sebagai ruang untuk membina komuniti, pengaruh dan sumber pendapatan.
Bagi Pakcik Chin Swee, matlamat akhirnya bukan sekadar melihat seseorang memenangi anugerah, tetapi menyaksikan lebih ramai anggota komuniti mampu membina kehidupan dan kerjaya melalui bidang tersebut.
“Kalau semakin ramai anak-anak KamiSempoi berjaya, bagi saya itulah kepuasan yang sebenar,” jelasnya
Malah, rekod empat tahun kejayaan Adelyn Heng, kejutan kemenangan Harley Davidson Road Glide CVO buat Pakcik Chin Swee serta pengenalan KamiSempoi Premier Academy, KamiSempoi Golden Award 2025 akhirnya meninggalkan lebih daripada sekadar kenangan sebuah malam anugerah.
Ini kejayaan tentang sebuah komuniti yang sedang berkembang, sebuah industri yang semakin profesional dan aspirasi Havoxians untuk melihat lebih ramai bakat digital mencipta nama dalam ekonomi kreatif Asia Tenggara.