
Bekas isteri vokalis legenda Dewa-19, Maia Estianty, jadi tumpuan bila dia sendiri excited nak sambut cucu pertama — sekaligus menjadikan dirinya nenek stylish paling hot pada usia 50 tahun.
Apabila anak sulungnya, Al Ghazali, telah mengumumkan khabar gembira bakal bergelar bapa, yang secara automatik menjadikan Maia seorang nenek pada usia emas 50 tahun.
Pengumuman ini bukan sahaja disambut meriah oleh para peminat, malah membawa aura kegembiraan yang meluap-luap dalam keluarga selebriti popular Indonesia ini.
Tambah Maia lagi, debaran menanti cucu sulung ini telah mendorong beliau untuk memikirkan beberapa panggilan mesra dan unik yang sesuai untuk diguna pakai apabila si kecil itu selamat dilahirkan kelak.
Dengan gaya yang sentiasa stylish dan luar biasa, pilihan panggilan Maia jelas sekali berbeza dari orang kebanyakkan. Beliau memilih panggilan ‘Oda’—gabungan istimewa antara perkataan Omma dan Bunda—khusus untuk dirinya.
Manakala, suami tersayang, usahawan terkenal Irwan Mussry, akan dipanggil sebagai ‘Ody’. Keterujaan ini dikongsikan secara langsung di ruangan komen Instagram milik Al Ghazali, yang serta-merta menjadi sorotan netizen.
Malah, Maia sempat meninggalkan komen yang menarik perhatian warganet tentang pengumuman gembira berkenaan. Ia bukan sahaja menunjukkan sokongan padu dari seorang ibu, tetapi juga mencetuskan ‘trending’ di kalangan warganet.
“Oma Bunda (Oda) dan Opa Daddy (Ody) menunggu dengan sabar!!!” tulis Maia, penuh kasih sayang.
Rata-rata terhibur dengan pilihan panggilan yang difikirkan unik, catchy, dan berbeza daripada panggilan tradisional seperti ‘Nenek’ atau ‘Opah’ yang biasa kita dengar. Warganet tidak ketinggalan untuk meninggalkan beberapa komen.
“Wah comel sangat panggilannya, lain daripada yang lain ya bunda,” puji seorang netizen.
“Comel panggilannya, Oda Ody,” tulis netizen yang lain.
Penggunaan nama panggilan yang moden dan funky ini jelas sekali mencerminkan personaliti Maia yang sentiasa bertenaga dan muda, biarpun bakal memegang gelaran nenek.
Sekadar recap, Al Ghazali berkongsi berita gembira apabila beliau dan isteri jelita, Alyssa Daguise, sedang menanti kelahiran anak pertama mereka.
Pasangan ‘sweetheart’ Indonesia ni telah mengumumkan kehamilan Alyssa melalui satu perkongsian video yang mendapat jutaan tontonan, sekali gus menjadi tumpuan utama media hiburan tempatan.
Menanti Kehadiran ‘Baby’ Oda-Ody Dengan Penuh Debaran

Menerusi video pengumuman yang dikongsi, pasangan romantis ini tampil memukau dengan mengenakan busana serba putih yang menawan, melambangkan kesucian dan kegembiraan.
Namun, apa yang paling mencuri perhatian adalah penampilan Alyssa Daguise yang kelihatan berseri-seri, dengan perutnya yang semakin membesar, dipercayai menandakan usia kandungan beliau sudah mencecah sekitar empat hingga lima bulan.
Posting ini menguatkan dakwaan bahawa keluarga besar ini bakal menyambut ahli baharu pada tahun hadapan.
Hubungan Al Ghazali dan Alyssa Daguise yang telah terjalin lama dan penuh drama sebelum ini, kini menemui ‘happy ending’ yang dinanti-nantikan.
Kisah cinta mereka sering menjadi bahan bualan peminat, dan kini, penantian untuk melihat zuriat pertama mereka melengkapkan lagi dongeng moden percintaan merpati dua sejoli yang menjadi realiti kini.
Dengan aura ‘cool grandma’ yang Maia bawa, tak hairan peminat makin tak sabar menanti detik Baby Oda-Ody lahir nanti.
Satu perkara pasti — keluarga besar Ahmad Dhani & Irwan Mussry bakal melakar chapter bahagia baru yang penuh gelak tawa dan cinta.
Majlis Pernikahan Yang Intim & Penuh Makna

Untuk rekod, Al Ghazali dan Alyssa Daguise selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang penuh intim dan meriah.
Upacara penyatuan dua hati ini telah dilangsungkan di Jakarta, Indonesia, pada tanggal 16 Jun lalu. Walaupun usia pernikahan mereka masih baru, rezeki anak sulung yang bakal lahir ini menjadi bukti betapa kukuhnya ikatan cinta yang dibina.
Dalam majlis yang serba indah itu, Al Ghazali telah menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai suami dengan menyerahkan mas kahwin yang cukup berharga.
Mas kahwin yang diberikan adalah berupa bar emas seberat 16.6 gram, sebagai simbolik kepada tarikh pernikahan mereka, bersama hantaran yang dianggarkan sekitar RM10,000.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat, termasuk ibu bapa kedua-dua belah pihak.
Sementara itu, kesemua adik-beradik Al Ghazali, iaitu El Rumi dan Dul Jaelani, pastinya tidak kurang teruja untuk bergelar bapa saudara.
Keluarga besar ini yang memang terkenal dengan kemesraan dan hubungan yang akrab, kini mempunyai satu lagi alasan untuk berkumpul dan meraikan detik indah ini.
Pastinya, sesi ‘baby-sitting’ cucu sulung ini akan menjadi rebutan di kalangan bapa-bapa dan ibu-ibu saudara yang sporting ini.
Havox mendoakan, semoga kehamilan Alyssa berjalan lancar dan semua peminat tidak sabar untuk menanti kemunculan ‘Baby Oda-Ody’ ini!