
Pasangan selebriti Indonesia, Baim Wong dan Paula Verhoeven, kembali mencuri perhatian ramai apabila muncul bersama di acara sekolah anak sulung mereka, Kiano Tiger Wong — meskipun hubungan perkahwinan mereka telah berakhir secara rasmi.
Kehadiran mereka pada acara ‘Hari Pasar’ (Market Day) menjadi sorotan hangat sebaik sahaja momen manis ‘Co-parenting’ demi anak itu tular di media sosial, sekaligus menuai pujian daripada peminat serta mengegagrkan industri hiburan Indonesia.
Acara sekolah tersebut memberi peluang kepada murid-murid mempelajari asas perniagaan melalui aktiviti jualan kecil yang dijalankan oleh mereka sendiri.
Turut dilihat sepanjang program itu ialah Baim dan Paula yang berada di sisi Kiano dari awal hingga akhir, memberikan sokongan moral sambil menunjukkan kerjasama yang sangat harmoni. Walaupun rumah tangga mereka telah berakhir, keutamaan terhadap kebahagiaan anak jelas mengatasi segala perbezaan peribadi.
Rata-rata netizen memuji kematangan kedua-duanya, menyifatkan tindakan hadir bersama sebagai bentuk parenting moden yang semakin diperlukan dalam masyarakat hari ini.
Menerusi platform Instagram Paula, foto-foto mereka yang dirakam tular dan mencetuskan perbualan hangat mengenai realiti sebenar hubungan bekas pasangan selebriti itu yang sebelum ini penuh drama dan kontrovesi setelah berpisah.
Kekal Mesra Meski Dah Tak Sehaluan

Walaupun perceraian mereka pernah menjadi bualan hangat media Indonesia, kini Baim dan Paula tampil dengan sikap tenang, professioanl sambil mempamerkan hubungan yang tetap mesra.
Gelagat mereka menemani Kiano membuatkan wargamaya tersentuh, sekaligus membuktikan bahawa perpisahan sebagai pasangan tidak memutuskan tanggungjawab mereka sebagai ibu dan bapa.
Kehadiran pasangan ini turut memberikan keyakinan besar kepada Kiano, sekali gus menepis spekulasi negatif yang pernah timbul mengenai hubungan mereka pasca perceraian.
Fokus utama mereka tetap tidak berubah — memastikan kesejahteraan anak-anak adalah keutamaan yang berada di tempat pertama.
Tindakan ini juga memperlihatkan kematangan emosi yang jarang ditonjolkan oleh selebriti di tengah tekanan media dan perhatian peminat yang tidak pernah putus.
Mereka memilih untuk berkomunikasi secara profesional, mengutamakan keperluan dua cahaya mata mereka terlebih dahulu daripada konflik peribadi.
Selain itu, reaksi netizen turut menunjukkan penghargaan terhadap usaha mereka membina hubungan yang sihat meskipun tidak lagi bergelar suami isteri.
Warganet menyifatkan tindakan ini sebagai contoh positif buat ibu bapa lain yang sedang melalui situasi serupa.
Baim Paula Aplikasikan Co-Parenting ‘Moden’

Dalam industri hiburan yang sentiasa diperhatikan, tidak semua pasangan mampu mengurus perpisahan dengan sebegitu tenang. Tekanan media, spekulasi peminat dan isu dalaman sering membuatkan hubungan selepas perceraian menjadi tegang.
Namun, langkah Baim dan Paula menunjukkan bahawa co-parenting yang profesional tetap boleh dicapai walaupun berada dalam spotlight.
Co-parenting moden semakin diangkat sebagai trend positif dalam kalangan selebriti global. Ia menunjukkan kematangan dan kesedaran bahawa kestabilan emosi anak perlu diutamakan berbanding perbalahan yang tidak berkesudahan.
Kehadiran mereka bersama di Hari Pasar bukan sekadar formaliti, tetapi bukti kesungguhan mereka membina suasana keluarga yang selamat dan menyokong perkembangan Kiano.
Media Indonesia seperti Liputan6 dan InsertLive turut menyorot momen tersebut sebagai simbol co-parenting ideal, memuji keharmonian yang berjaya ditunjukkan bekas pasangan itu.
Bagi peminat, ia menjadi gambaran bahawa hubungan kekeluargaan tidak semestinya berakhir hanya kerana status berubah — selagi ada rasa tanggungjawab dan komunikasi yang baik.
Fenomena ini menggambarkan perubahan cara pandang masyarakat hari ini. Keluarga moden tidak semestinya datang dalam bentuk tradisional, tetapi boleh hadir dalam bentuk lebih fleksibel dan tetap harmoni selagi anak-anak menjadi keutamaan.
Hubungan ‘Bapau’ Sebelum Rumah Tangga Runtuh

Untuk rekod, Baim Wong, atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim, merupakan pelakon dan personaliti media digital yang sangat berpengaruh di Indonesia.
Manakala, Paula Verhoeven pula ialah seorang supermodel terkenal yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia fesyen. Mereka berkahwin pada 22 November 2018 dan dikurniakan dua putera — Kiano Tiger Wong (2019) dan Kenzo Eldrago Wong (2021).
Pasangan ini pernah menjadi antara duo selebriti paling disukai di Indonesia, dikenali dengan nama gabungan “Bapau”. Populariti mereka tidak hanya hadir di media tradisional, tetapi turut berkembang di platform digital melalui saluran YouTube Baim Paula yang memiliki jutaan pelanggan.
Kandungan mereka sering memaparkan kehidupan keluarga, aktiviti harian dan projek kebajikan — menjadikan mereka ikon keluarga selebriti yang dekat di hati peminat.
Walaupun hubungan perkahwinan mereka berakhir, tindakan hadir bersama demi Kiano menghantar mesej kuat bahawa perceraian tidak semestinya bermaksud permusuhan. Dengan profesionalisme dan kematangan, keluarga masih boleh kekal harmoni walaupun dalam bentuk berbeza.
Baim dan Paula membuktikan bahawa cinta ibu bapa tidak hilang hanya kerana status berubah. Yang kekal ialah komitmen mereka untuk membesarkan anak-anak dalam persekitaran yang penuh sokongan dan kesejahteraan emosi.
Usaha mereka wajar dijadikan inspirasi kepada ramai — bahawa kebahagiaan anak adalah kepentingan tertinggi dalam setiap keluarga.
Sumber: Instagram Paula Verhoeven, Baim Wong & Liputan 6