
Gemerlapan Anugerah Industri Muzik ke 25 (AIM25) masih belum sirna, meski sudah melabuhkan tirai, namun kemeriahan malam bersejarah itu masih diteruskan menerusi capaian penyiaran dan kandungan digital TVS yang berjaya merekodkan sebanyak 24.5 juta tontonan serta interaksi di seluruh platformnya.
Angka tersebut memperlihatkan bagaimana kemuncak sambutan Jubli Perak AIM bukan sahaja menarik perhatian penonton yang hadir di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), malah berjaya diperluaskan kepada khalayak di seluruh negara menerusi televisyen, aplikasi penstriman dan media sosial.
Lebih menarik, capaian tersebut turut merangkumi siaran Malam Kemuncak dan Karpet Merah AIM25 serta kandungan promosi di platform media sosial TVS, sekali gus membuktikan bahawa pengalaman menyaksikan anugerah muzik berprestij itu tidak terhenti selepas tirai pentas ditutup.
“24.5 juta tontonan dan interaksi di seluruh platform TVS,” kata wakilnya.
Pencapaian itu mengukuhkan peranan TVS sebagai penyiar rasmi dan penganjur bersama AIM25, selain memperlihatkan kemampuan stesen televisyen dari Sarawak tersebut dalam membawa sebuah acara muzik bertaraf nasional kepada penonton yang lebih luas.
AIM25 Catat Sejarah Baharu Dengan TVS Bawa Malam Kemuncak Dari Sarawak

Berlangsung pada 26 September 2026, AIM25 mencipta satu lagi detik penting apabila anugerah berprestij tersebut buat julung kalinya dianjurkan di Kuching, Sarawak, sempena sambutan Jubli Perak AIM.
Malam berkenaan menghimpunkan barisan penggiat industri muzik tanah air, penyanyi, pencipta lagu, pemuzik serta bakat baharu dalam sebuah acara yang turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Openg.
Pemilihan Sarawak sebagai lokasi AIM25 memberikan warna tersendiri kepada edisi kali ini apabila pentas anugerah muzik tersebut dibawa keluar dari kebiasaan untuk diraikan bersama khalayak di Bumi Kenyalang.
Menerusi peranan sebagai penyiar rasmi dan penganjur bersama, TVS bertanggungjawab membawa kemeriahan malam kemuncak tersebut kepada penonton menerusi TVS Saluran 122 dan aplikasi TVS Inspire.
Siaran berkenaan turut disokong dengan siri khas Hits 122 Edisi AIM25, sekali gus memberikan lebih banyak ruang kepada peminat untuk mengikuti perkembangan dan detik menarik berkaitan acara tersebut.
Kehadiran kandungan AIM25 di pelbagai platform ini secara tidak langsung memperluaskan pengalaman penonton. Mereka bukan sahaja dapat mengikuti acara menerusi siaran televisyen, malah boleh mendapatkan kandungan berkaitan menerusi platform digital TVS mengikut kesesuaian masa masing masing.
Pendekatan pelbagai platform itu juga menjadi antara faktor penting yang membolehkan kemeriahan AIM25 terus bergerak selepas siaran langsung berakhir.
24.5 Juta Tontonan Buktikan Capaian Digital TVS Semakin Kukuh

Pencapaian 24.5 juta tontonan dan interaksi yang direkodkan TVS menerusi keseluruhan kandungan berkaitan AIM25 menjadi antara angka paling menarik daripada penganjuran edisi ke 25 tersebut.
Jumlah itu merangkumi capaian daripada Malam Kemuncak AIM25, Karpet Merah AIM25 serta kandungan promosi di platform media sosial TVS, sekali gus memperlihatkan kekuatan strategi penyiaran yang menggabungkan medium tradisional dan digital.
Malam kemuncak AIM25 sendiri mencatatkan tempoh siaran majlis penganugerahan trofi terpanjang dalam sejarah AIM, dengan acara berlangsung selama kira kira empat jam.
Tempoh tersebut tidak termasuk segmen Karpet Merah yang berlangsung selama satu jam 30 minit bermula pada jam 7.30 malam.

Malah, tempoh siaran yang panjang serta kandungan yang merentasi beberapa platform, penonton mempunyai lebih banyak peluang untuk mengikuti persembahan, pengumuman pemenang dan detik istimewa yang berlaku sepanjang malam.
Keupayaan kandungan tersebut untuk terus mendapat tontonan selepas acara berakhir turut memberikan gambaran bahawa penonton hari ini tidak lagi bergantung kepada satu saluran sahaja untuk mengikuti acara hiburan berskala besar.
Bagi TVS, pencapaian itu mengangkat peranan stesen berkenaan sebagai organisasi media pelbagai platform yang bukan sekadar menyampaikan siaran, tetapi turut membina ekosistem kandungan yang boleh terus dinikmati oleh penonton menerusi saluran digital.
Situasi itu turut memperlihatkan bagaimana acara yang berlangsung di Sarawak mampu mendapat capaian lebih luas apabila disokong dengan strategi penyiaran yang menyeluruh.
Siaran Ulangan AIM25 Kembali 2 Oktober Dan 4 Oktober

Bagi Havoxians yang terlepas siaran langsung AIM25, peluang untuk menyaksikan semula malam penuh bintang itu masih terbuka apabila TVS menyediakan siaran ulangan Malam Kemuncak AIM25 pada 2 Oktober 2026, jam 11.00 malam.
Bagi mereka yang tidak sempat berjaga sehingga lewat malam, satu lagi siaran ulangan turut dijadualkan pada 4 Oktober 2026 jam 7.30 pagi.
Kedua-dua siaran ulangan tersebut boleh ditonton menerusi TVS Saluran 122 dan platform TVS Inspire.
Sebanyak 24.5 juta tontonan dan interaksi yang telah direkodkan, AIM25 jelas meninggalkan impak besar terhadap capaian kandungan TVS merentas platform.
Langkah menyiarkan semula program itu memberikan peluang kepada penonton untuk kembali menikmati persembahan serta detik penting AIM25 yang mungkin terlepas ketika siaran langsung.
Lebih daripada sekadar siaran ulang tayang, kehadiran kandungan AIM25 di TVS memperlihatkan bagaimana sebuah acara nasional yang berlangsung di Sarawak mampu terus mendapat perhatian selepas malam kemuncaknya berakhir.