
Bila memasak, ada satu persoalan yang boleh mencetuskan perdebatan panjang di dapur. Santan perlu sekadar cukup atau lebih supaya kuah menjadi lebih pekat, aroma semakin menyelerakan dan setiap suapan terasa nikmat?
Bagi sesetengah orang, mengikut sukatan resipi sudah memadai. Namun, bagi mereka yang percaya bahawa masakan lebih bersantan memberikan kepuasan tersendiri, perkataan “cukup” mungkin sekadar permulaan!
Perdebatan kecil yang dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia inilah yang menjadi asas kepada pendekatan kreatif M&S Food menerusi kempen terbaharunya.
Menariknya, perbualan tentang santan ini dibawa keluar daripada ruang memasak ke jalan raya menerusi pengiklanan luar rumah digital atau DOOH. Bersama mesej yang mengangkat persoalan “cukup” dan “lebih”, M&S Food memberikan sentuhan baharu kepada bahan masakan yang sudah lama menjadi sebahagian daripada identiti kulinari Malaysia.
M&S Food Angkat Perdebatan Santan “Cukup” atau “Lebih” Begitu Kreatif

Dalam dunia makanan, perbezaan cita rasa sering menjadi bahan perbualan yang tidak pernah habis. Ada yang gemarkan kuah bersantan ringan, manakala ada pula yang lebih menyukai kuah pekat dengan rasa lemak yang lebih menyerlah.
Perbezaan inilah yang menjadikan persoalan tentang penggunaan santan begitu mudah dikaitkan dengan pengalaman harian masyarakat.
M&S Food mengambil pendekatan yang bersahaja dengan mengetengahkan konsep “daripada cukup kepada lebih”. Idea ini bukan sekadar permainan kata, malah memberikan ruang kepada orang ramai untuk mengaitkannya dengan pengalaman sendiri ketika menyediakan hidangan kegemaran keluarga.
Bayangkan situasi apabila seseorang sudah berpuas hati dengan sukatan santan dalam resipi, tetapi ahli keluarga yang lain masih mahu menambahnya. Perbincangan yang pada awalnya ringkas boleh bertukar menjadi sesi mempertahankan cita rasa masing-masing.
“Resipi kata cukup, selera kata lebih! Jadi, bagaimana?”
Pada masa sama, kempen ini turut meraikan peranan santan dalam menghasilkan aroma, tekstur berkrim dan kelazatan hidangan kegemaran rakyat Malaysia.
Santan sentiasa menjadi remedi bagi masakan berkuah hinggalah kepada pelbagai sajian tradisional, santan sememangnya mempunyai tempat tersendiri dalam budaya makanan tempatan.
Kempen DOOH M&S Santan di MRR2, Kota Damansara dan Kepong Tarik Perhatian

Tidak semua produk makanan perlu bergantung pada iklan yang panjang untuk menyampaikan mesej. Kadangkala, satu ayat ringkas dengan permainan kata yang tepat sudah cukup untuk membuatkan orang ramai berhenti seketika, tersenyum dan mengingatinya.
Menerusi pengiklanan digital ini, M&S Food membawa konsep “cukup” dan “lebih” ke ruang awam dengan pendekatan yang mencerminkan humor masyarakat Malaysia.
Kempen yang berlangsung dari 22 hingga 28 Oktober 2026 ini melibatkan tiga lokasi, iaitu Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kota Damansara dan AEON Mall Metro Prima di Kepong.
Pemilihan medium DOOH memberikan peluang kepada mesej kreatif tersebut untuk dilihat oleh orang ramai dalam persekitaran harian mereka.
Justeru, perdebatan tentang santan mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia tidak memerlukan penjelasan yang rumit. Persoalan sama ada masakan memerlukan santan yang cukup atau lebih boleh difahami oleh sesiapa sahaja yang biasa menikmati hidangan tempatan.
Malah, pendekatan sebegini membuka ruang kepada orang ramai untuk berkongsi pandangan masing-masing. Ada yang mungkin mempertahankan sukatan resipi, manakala ada pula yang percaya bahawa sedikit tambahan santan mampu menjadikan hidangan lebih menepati cita rasa mereka.
M&S Food Bawa Identiti Jenama Tempatan ke Dalam Perbualan Budaya Makanan Malaysia

Malah, sebalik permainan kata yang menghiburkan, kempen ini turut memberikan ruang kepada M&S Food untuk mengetengahkan identitinya sebagai jenama santan tempatan yang berpangkalan di Ipoh.
Nama M&S Food sendiri membawa identiti Malaysia melalui perkataan “Malaysia”, manakala “Santan” merujuk kepada bahan masakan yang menjadi sebahagian daripada warisan kulinari masyarakat negara ini.
Hubungan antara makanan dengan identiti tempatan bukanlah suatu perkara baharu. Banyak hidangan yang dinikmati masyarakat Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan bahan masakan, teknik penyediaan dan cita rasa yang diwarisi turun temurun.
Santan menjadi salah satu bahan penting dalam tradisi tersebut. Kehadirannya bukan sekadar memberikan tekstur berkrim, malah menyumbang kepada aroma dan rasa yang menjadikan sesuatu hidangan lebih tersendiri.
Menerusi pendekatan kreatif yang lebih santai, M&S Food berpeluang membawa perbualan tentang bahan masakan ini keluar daripada konteks dapur dan menjadikannya sebahagian daripada pengalaman pengiklanan yang dekat dengan masyarakat.
Havoxians! jadi berbalik kepada persoalan “cukup” atau “lebih” mungkin tertakluk kepada definisi masing-masing. Cita rasa setiap individu berbeza, dan itulah yang menjadikan dunia makanan terutamanya bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia begitu menarik.