
Drama pendek kini bukan lagi sekadar hiburan untuk mengisi masa lapang, malah dalam beberapa minit sahaja, sesebuah mikrodrama mampu mencetuskan jutaan tontonan, mengundang perbualan di media sosial dan pada masa sama mengubah cara jenama mendekati penonton.
Fenomena ini semakin mendapat tempat di seluruh dunia, termasuk Malaysia, apabila kandungan ringkas yang sarat emosi berjaya mencuri perhatian generasi digital.
Melihat gelombang tersebut terus berkembang, NONGSHIM SHIN Ramyun dengan kerjasama Red Communications kembali mempertaruhkan siri mikrodrama TikTok menerusi Impian Di Seoul, musim kedua yang menyatukan semula Khai Bahar dan Wany Hasrita dalam sebuah kisah yang lebih mendalam, penuh konflik serta babak tergantung yang mampu membuatkan penonton tidak sabar menantikan episod seterusnya.
Impian Di Seoul Angkat Mikrodrama Satu Tahap Lebih Tinggi

Ditayangkan sempena Malaysia International Film Festival Ke 9 2026, Impian Di Seoul hadir dengan naratif yang lebih matang dan emosional berbanding musim pertama. Siri ini mengangkat perjalanan mengejar impian di kota Seoul sambil mengetengahkan konflik kehidupan, pencarian identiti serta cabaran mengekalkan nilai diri dalam dunia yang sentiasa berubah.
Kemunculan semula Khai Bahar dan Wany Hasrita sebagai duta jenama NONGSHIM Malaysia memberikan kesinambungan kepada kejayaan Salju Di Busan yang pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan pengguna TikTok. Dengan susunan episod yang dipenuhi babak tergantung, setiap jalan cerita dirancang untuk membuatkan penonton terus kembali mengikuti episod seterusnya.
Lebih menarik, mikrodrama ini turut membuktikan bahawa kandungan berjenama kini mampu berdiri sebagai sebuah karya hiburan yang mempunyai nilai penceritaan tersendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada promosi produk.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden NONGSHIM, Antonio Jo berkata sambutan luar biasa terhadap musim pertama menjadi pemangkin untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti.
“Apa yang bermula sebagai satu eksperimen berani kini berkembang menjadi fenomena budaya yang menyatukan penonton Korea dan Malaysia melalui gelombang baharu penceritaan digital.
Untuk musim kedua, kami bukan sahaja mahu meningkatkan nilai hiburan, malah meraikan kecintaan bersama terhadap drama, makanan dan kreativiti yang menghubungkan Malaysia dan Korea,” katanya.
Khai Bahar Dan Wany Hasrita Nadi Penceritaan NONGSHIM

Kekuatan Impian Di Seoul bukan sahaja terletak pada visual yang menarik, malah chemistry antara Khai Bahar dan Wany Hasrita terus menjadi faktor utama yang mengikat emosi penonton.
Pada musim pertama, lagu tema Makan Cintaku berjaya mengukuhkan lagi hubungan antara jalan cerita dan penonton. Formula itu diteruskan menerusi musim kedua dengan pendekatan yang lebih segar dan dekat dengan realiti kehidupan generasi muda.
Menurut Pengurus Komersial GBA Corporation NONGSHIM Malaysia, Foo Siew Kheng, kejayaan musim pertama membuktikan rakyat Malaysia semakin menerima kandungan hiburan yang kreatif dan inovatif.
“Musim kedua merupakan komitmen kami untuk terus menyajikan kandungan yang segar melalui gabungan cerita yang dekat dengan kehidupan serta format digital inovatif yang benar benar mampu menarik perhatian penonton tempatan,” ujarnya.

Tambah beliau, setiap karya yang dihasilkan bukan sekadar hiburan, malah menjadi jambatan yang menghubungkan budaya Korea dan Malaysia menerusi cerita, muzik serta makanan.
Pengiktirafan daripada Malaysia International Film Festival turut memperlihatkan mikrodrama kini semakin diterima sebagai salah satu medium penceritaan yang relevan dalam industri kreatif.
Pengasas dan Presiden Malaysia International Film Festival, Joanne Goh berkata perkembangan tersebut membuka ruang baharu kepada pembikin kandungan dan jenama untuk menghasilkan karya yang lebih autentik.
“Projek seperti Impian Di Seoul membuktikan bagaimana jenama, pembikin filem dan platform digital boleh berganding bahu menghasilkan karya yang autentik dari segi emosi, relevan dari segi budaya dan mampu menyentuh hati penonton dengan penuh bermakna,” jelasnya lagi.
NONGSHIM Perkukuh Hubungan Dengan Gen Z Melalui Hiburan Digital Berkualiti

Kejayaan Salju Di Busan sebelum ini bukan sahaja mencatat jumlah tontonan dan interaksi yang tinggi, malah turut menyumbang kepada peningkatan jualan produk NONGSHIM di Malaysia.
Pencapaian tersebut memperlihatkan bagaimana pendekatan hiburan mampu membina hubungan yang lebih rapat antara jenama dan pengguna tanpa bergantung kepada kaedah pengiklanan tradisional.
Melalui Impian Di Seoul, NONGSHIM sekali lagi menampilkan kisah yang dekat dengan kehidupan anak muda, termasuk perjuangan mengejar kerjaya impian, cabaran dalam dunia digital dan usaha mengekalkan identiti diri ketika berhadapan tekanan masyarakat moden.
Pendekatan ini selari dengan perubahan landskap hiburan masa kini yang semakin memberi keutamaan kepada kandungan pendek, pantas dan mudah diakses menerusi platform digital seperti TikTok.
Lebih daripada sekadar sebuah siri hiburan, Impian Di Seoul menjadi bukti bahawa cerita yang ditulis dengan baik masih mampu menyentuh hati penonton walaupun disampaikan dalam tempoh yang singkat. Ia juga memperlihatkan bagaimana kolaborasi antara industri hiburan, festival filem dan jenama komersial mampu menghasilkan kandungan yang bukan sahaja menghiburkan, malah memberi nilai kepada penonton.
Sempena ulang tahun ke 40 NONGSHIM SHIN Ramyun, jenama mi segera nombor satu dari Korea itu turut memperkenalkan NONGSHIM SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi, perisa baharu yang menampilkan gabungan rasa manis dan pedas berinspirasikan kimchi goreng Korea.
Produk yang disahkan Halal dan dibangunkan khusus untuk pasaran Malaysia itu kini boleh didapati Havoxians di pasar raya utama seluruh negara serta melalui NONGSHIM Official Store di TikTok Shop.