
Penonton drama Dendam Seorang Mentua mungkin tidak perasan perubahan kecil ini pada awalnya. Namun bagi Hariz Hamdan sendiri, dia sedar bentuk badan dan wajahnya berubah ubah sepanjang tempoh penggambaran drama tersebut berlangsung.
Dari berat badan 78 kilogram sehingga mencecah 84 kilogram sebelum kembali turun, Hariz mengakui perubahan fizikal itu membuatkan penampilannya di skrin turut kelihatan tidak konsisten.

“Kalau korang tengok drama Dendam Seorang Mentua ni korang boleh tengok Hariz punya perut kejap ke depan, kejap okey, kejap ke depan balik kejap okey balik,” katanya sambil berseloroh.
Tambah Hariz lagi, perubahan itu membuatkan wajahnya juga kelihatan tidak konsisten di skrin.
“ Sebab Hariz remember waktu Hariz first shoot cerita berat awal dalam 78 kilogram. Tengah-tengah shoot 84 kilogram, dah nak habis shoot 80 kilogram balik. So korang nampaklah muka Hariz kejap besar kejap kecil macam tu,” ujarnya.
Disiplin & Pemakanan Kunci Utama Hariz Hamdan Kekal Fit

Walaupun berdepan perubahan berat badan yang agak drastik dalam tempoh singkat, Hariz tidak memilih jalan ekstrem untuk menurunkan berat badan. Sebaliknya, dia lebih menitikberatkan soal disiplin pemakanan dan mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian.
Pelakon itu mendedahkan, antara perkara pertama yang dilakukannya ialah mengelakkan minuman manis serta makanan yang mempunyai kandungan gula tinggi. Baginya, langkah tersebut banyak membantu proses penurunan berat badan secara lebih konsisten dan sihat.
“What I did is basically just elak benda manis like sugary drink like Milo and any kind of thing,” jelasnya.
Dalam masa sama, Hariz turut cuba mengamalkan pemakanan bersih dengan memilih makanan yang lebih sihat dan seimbang. Antara pilihan yang menjadi rutin hariannya termasuk buah buahan serta nasi basmati sebagai alternatif lebih baik berbanding nasi biasa.
“Try the best untuk makan clean like food, fruit. Nasi pun nasi basmati and all. InsyaAllah nanti korang boleh kurus,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian ramai kerana pendekatan yang digunakan Hariz dilihat lebih realistik dan mudah diikuti berbanding diet ketat yang sering menjadi trend di media sosial.
Malah, dalam dunia hiburan yang sentiasa memberi tekanan terhadap penampilan fizikal, pendekatan sederhana seperti ini dianggap lebih relevan terutama buat mereka yang mempunyai jadual kerja yang padat.
Running Masih ‘Raja’ Dalam Proses Penurunan Berat Badan

Selain menjaga pemakanan, Hariz turut berkongsi pandangannya mengenai jenis senaman paling efektif untuk membakar kalori dan menurunkan berat badan.
Menurutnya, ramai sebenarnya terlalu fokus kepada senaman tertentu sehingga terlupa bahawa aktiviti paling asas juga mampu memberi hasil terbaik jika dilakukan secara konsisten.
Bagi Hariz, aktiviti larian atau running masih menjadi antara senaman paling efektif untuk proses fat loss kerana jumlah kalori yang boleh dibakar jauh lebih tinggi.
“Kalau exercise, I think the best exercise yang korang boleh buat untuk loss weight is definitely running,” tambahnya.
Dalam masa sama, dia turut menyentuh tentang jenis senaman yang sesuai mengikut keperluan individu. Hariz berpendapat pilates boleh menjadi pilihan baik untuk wanita, manakala lelaki pula boleh mendapatkan latihan lebih intensif di gimnasium.
“Maybe you can do a pilates exercises for a girl. For guy boleh pergi gym tapi the amount of calories you burn, the best is of course running,” jelasnya.
Perkongsian santai Hariz itu bukan sahaja mencuri perhatian peminat drama Dendam Seorang Mentua, malah turut membuka ruang perbualan mengenai realiti sebenar kehidupan seorang pelakon yang perlu berdepan jadual penggambaran panjang sambil menjaga penampilan diri.

Apa yang menarik, Hariz tidak cuba tampil sempurna atau menjual imej tidak realistik kepada peminat. Sebaliknya, dia memilih untuk berkongsi pengalaman sebenar termasuk naik turun berat badan yang berlaku sepanjang tempoh bekerja. Kejujuran itu secara tidak langsung membuatkan ramai lebih mudah relate dengan dirinya.
Dalam industri hiburan yang sering menuntut kesempurnaan visual, keberanian untuk bercakap secara terbuka tentang perubahan badan dan cabaran menjaga gaya hidup sihat mungkin menjadi sebab mengapa ramai penonton dan Havoxians semakin senang dengan personaliti Hariz Hamdan hari ini.
BACA JUGA : Bukan Satu, Tapi Tujuh Lagu Raya Meletup! Rocketfuel Entertainment Raih 13 Juta Penstriman