
Selama ini ramai percaya bahawa untuk mendapatkan perubahan kulit yang ketara, seseorang perlu bersedia melalui proses yang kurang selesa. Kulit kemerahan, rasa sensitif dan tempoh pemulihan selepas rawatan sering dianggap sebagai sebahagian daripada harga yang perlu dibayar demi mendapatkan kulit yang lebih segar dan sihat.
Namun, bagaimana jika konsep tersebut sebenarnya boleh berubah?
Dalam dunia kecantikan yang semakin berkembang, ReGlo tampil mencabar persepsi lama itu menerusi pengenalan Skin Turnover Protocol, satu pendekatan baharu dalam penjagaan kulit yang memberi fokus kepada pembaharuan kulit secara lebih terkawal, konsisten dan mampan.
Bukan sekadar menawarkan penyelesaian sementara, protokol ini diperkenalkan sebagai satu sistem penjagaan kulit berstruktur yang direka untuk bekerja seiring dengan proses semula jadi kulit tanpa memaksa pengguna memilih antara keberkesanan dan keselesaan.
ReGlo Bawa Pendekatan Baharu Dalam Dunia Peremajaan Kulit Moden

Selama beberapa dekad, dunia kecantikan sering dikaitkan dengan dua pilihan berbeza. Rawatan intensif seperti chemical peel dan laser berintensiti tinggi mampu memberikan perubahan yang jelas, namun kebiasaannya hadir bersama risiko sensitiviti, iritasi serta memerlukan tempoh pemulihan tertentu.
Pada masa sama, penggunaan produk penjagaan kulit harian seperti serum dan krim pula lebih mudah diamalkan, tetapi hasilnya bergantung kepada pelbagai faktor termasuk kandungan bahan aktif serta kemampuan penyerapan ke dalam kulit.
Melihat jurang tersebut, Skin Turnover Protocol diperkenalkan sebagai alternatif yang memberi tumpuan kepada proses pembaharuan kulit secara berterusan berbanding pendekatan yang hanya bergantung kepada rawatan berkala.
Menurut Pengasas ReGlo Lab, Nick Lim, sudah tiba masanya industri kecantikan melihat peremajaan kulit daripada perspektif yang lebih menyeluruh.
“Selama bertahun-tahun, peremajaan kulit banyak bergantung kepada pendekatan invasif atau ablatif untuk merangsang pembaharuan kulit yang ketara.
“Kami mencabar pendekatan tersebut dengan membuktikan bahawa kulit mampu memperbaharui dirinya melalui rangsangan yang konsisten dan terkawal. Ini membuka ruang kepada pendekatan yang lebih lembut dan mampan untuk pembaharuan kulit jangka panjang tanpa menjejaskan lapisan pelindung kulit,” katanya.
Skin Turnover Protocol Fokus Kepada Kesihatan Kulit Jangka Panjang Bukan Sekadar Hasil Segera

Berbeza daripada produk tunggal, Skin Turnover Protocol direka sebagai sebuah sistem lengkap yang menggabungkan beberapa elemen penting dalam perjalanan penjagaan kulit.
Antara fokus utama protokol ini adalah membantu eksfoliasi harian secara terkawal, meningkatkan keberkesanan penyerapan bahan aktif serta menyokong pemulihan skin barrier supaya kulit terus berada dalam keadaan lebih seimbang.
Pendekatan ini juga mengetengahkan idea bahawa penjagaan kulit tidak seharusnya hanya dilakukan apabila masalah berlaku, sebaliknya menjadi rutin konsisten bagi menyokong fungsi semula jadi kulit.
Pakar kulit dan estetik, Dr. Ingky Lim turut melihat pendekatan tersebut sebagai satu perkembangan positif dalam dunia penjagaan kulit moden.
“Peremajaan kulit yang berkesan seharusnya bekerja selari dengan fungsi semula jadi kulit, bukannya melawannya.
“Skin Turnover Protocol sejajar dengan proses pembaharuan semula jadi kulit dan menawarkan pendekatan yang lebih selamat serta mampan untuk kesihatan kulit jangka panjang,” jelasnya.
Menurut Dr. Ingky, proses pembaharuan sel kulit yang sihat memainkan peranan penting dalam mengekalkan kualiti kulit serta menyokong hasil peremajaan dalam tempoh yang lebih panjang.
Sesi Eksklusif Dedah Teknologi ReGlo Bersama Pakar Dan Pengalaman Pengguna Sebenar

Pelancaran pendekatan baharu ini turut diperkenalkan menerusi satu sesi pratonton media eksklusif di Kuala Lumpur yang menghimpunkan individu penting di sebalik pembangunan Skin Turnover Protocol.
Sesi tersebut menampilkan perkongsian daripada Dr. Ingky Lim, Markus Lehmann daripada Filabe Switzerland serta Pengasas ReGlo Lab, Nick Lim yang membincangkan evolusi penjagaan kulit, kepentingan teknologi dalam dunia estetik serta masa depan peremajaan kulit berasaskan sains.
Para tetamu turut diberikan peluang menyaksikan demonstrasi langsung Skin Turnover Protocol yang memperlihatkan perjalanan lengkap pembaharuan kulit bermula daripada pengaktifan profesional, penyerapan bahan aktif harian sehingga proses pemulihan dan penstabilan kulit.

Lebih menarik, beberapa pelanggan ReGlo turut berkongsi pengalaman mereka selepas menjalani protokol tersebut sekali gus memberikan gambaran lebih dekat mengenai kepentingan konsistensi dalam penjagaan kulit.
Acara itu turut dikendalikan oleh hos televisyen dan pengacara popular, Daniel Cheang yang turut berkongsi pengalaman peribadinya sebagai pelanggan ReGlo Lab.
Menurut Daniel, pendekatan berstruktur seperti Skin Turnover Protocol membantunya lebih memahami kepentingan menjaga kulit secara konsisten dan menyokong proses pembaharuan semula jadi kulit.
Dengan pengenalan Skin Turnover Protocol, ReGlo membawa mesej bahawa penjagaan kulit masa kini bukan lagi sekadar mengejar perubahan pantas, tetapi tentang membina asas kulit yang lebih sihat dalam jangka panjang.
Havoxians boleh menjalani Skin Turnover Protocol di semua cawangan ReGlo Lab di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bagi mereka yang ingin mendapatkan konsultasi serta memahami pendekatan pembaharuan kulit berstruktur ini dengan lebih lanjut.