
Pelakon dan usahawan terkenal, Izara Aishah mencetuskan fenomena global selepas memuat naik satu perbandingan ringkas di platform Threads — namun impaknya jauh lebih besar daripada yang dijangka hingga menjadi ‘spotlight’ di laman sosial!
Hanya dengan satu gambar Miss Universe Israel, Milaenen Shiraz, dan watak animasi Cinderella iaitu Anastasia, ruangan komen terus meletup hingga merebak ke luar negara.
Walaupun hantaran tersebut kelihatan santai dan bersifat humor, ia akhirnya mencetuskan perdebatan hangat, melibatkan netizen tempatan, global, malah penyokong Israel sendiri.
Izara pula kekal selamba, siap bergurau bahawa ini merupakan “antara pencapaian terbesar hidupnya” selepas melihat hantaran yang dilakukan mendonia.
Perbandingan ‘Selamba’ Izara Viral Sekelip Mata

Hantaran Izara awalnya tampak sebagai jenaka ringan meski dalam suasana penuh isu antarabangsa. Beliau memuat naik foto Milaenen Shiraz sambil menyamakan wajah ratu cantik itu dengan Anastasia, watak yang terkenal dengan ekspresi lucu dalam filem Cinderella.
Sekadar info, Milaenen Shiraz ialah wakil Miss Universe Israel 2024, seorang model muda yang dipilih untuk membawa nama Israel ke pentas antarabangsa di tengah-tengah reputasi negara itu yang sedang tercalar teruk.
Walaupun muncul sebagai wajah “beauty ambassador”, Milaenen terpalit kontroversi sebab Israel guna pertandingan ratu cantik sebagai soft propaganda untuk bersihkan imej mereka di mata dunia. Penampilannya dianggap cuba mempakejkan Israel sebagai negara “modern, glam dan aman”, padahal realiti di lapangan sedang memperlihatkan penindasan ke atas rakyat Palestin.
Netizen Malaysia, yang sememangnya pakar dalam membaca tone dan gaya sindiran selebriti, segera menangkap maksud tersirat yang ingin disampaikan disebalik posting jenaka Izara.
Justeru, ruangan komen berkenaan terus dibanjiri respons netizen yang terhibur, malah ada yang menganggap perbandingan tersebut sebagai “shade paling beradab tapi pedas tahun ini.”
Apabila perbandingan itu mula tersebar ke komuniti antarabangsa, khususnya dalam kalangan pengguna dari Israel, reaksi yang jauh lebih dramatik muncul.
Netizen Israel ‘KOYAK’ Dengan Hantaran Jenaka Izara

Sebahagian netizen Israel mempertahankan watak Anastasia dengan bersungguh-sungguh, seolah-olah karakter animasi itu wira nasional negara mereka. Ini antara komen yang ditinggalkan warganet!
“Don’t disrespect my Anastasia like that.”
“She represents a country, but don’t attack her physical appearance.”
“Please don’t spread hate between women and Free Palestine.”
Komen-komen yang ditinggalkan mencerminkan betapa koyaknya rakyat Israel — ada yang keliru, ada yang cuba membawa naratif moral, dan ada yang tersinggung tanpa memahami konteks humor rakyat Malaysia.
Paling mencuri tumpuan ialah komen dari tentera Bawang Malaysia yang menyamakan reaksi netizen Israel seperti ‘ikan terkena tuba’ ekoran masing-masing menggelupur kepanasan pada ruang komen tersebut.
Izara pula terus berbalas komen dengan gaya selamba apabila seorang pengguna Israel mempertahankan Anastasia.
“Kan. I’m clearly still being respectful in case she converts.” Jawapan ringkas tetapi cukup untuk membuat ruangan komen kembali bergema.
Setelah reaksi Israel menjadi perbualan hangat, lebih ramai pengguna antarabangsa mula menyorot dan menulatrkan hantaran tersebut.
Perbandingan visual itu memperhebat lagi penularan hantaran Izara ke seluruh platform. Tiada kata-kata kasar, tiada serangan peribadi — hanya humor bergambar yang akhirnya menjadi simbol sindiran lembut terhadap wakil negara yang sedang mendapat kritikan hebat dan cemuhan dunia.

Fenomena kecil ini membuktikan bagaimana kreativiti netizen Malaysia dan gaya humor selebriti tempatan mampu mempengaruhi naratif global dengan cara yang tidak dijangka.
Untuk rekod, Israel dikecam dunia kerana tindakan ketenteraan yang dilaksanakan terhadap Palestin, menyebabkan wilayah itu bergolak selama puluhan tahun, ini termasuk penempatan haram di tanah Palestin, pengusiran secara paksa, melakukan serangan udara ke atas kawasan padat penduduk.
Serta sekatan ketat dan tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Gaza hingga menyebabkan kekurangan makanan, ubat dan bekalan asas.
Serangan yang dilakukan oleh rejim Zionis itu telah meragut ratusan ribu nyawa orang awam — termasuk wanita dan kanak-kanak. Sekaligus, kemusnahan hospital, sekolah dan pusat bantuan kemanusiaan.
Ini menjadikan punca Israel dilabel sebagai pelaku pencabulan hak asasi manusia terbesar era moden, hingga mencetuskan kecaman global dan membangkitkan gelombang solidariti pro-Palestin di seluruh dunia.
Apapun, fakta tetap fakta, kontroversi tetap kontroversi dan Israel akan terus menjadi epicenter yang sentiasa tidak diterima oleh dunia!