
Ruffedge dan Lah Ahmad antara yang bakal membuat persembahan, kurang sebulan sebelum Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil bertukar menjadi lautan peminat muzik, debaran menuju Latihan Pestapora Malaysia 2026 semakin memuncak.
Selepas mencetuskan keterujaan menerusi pengumuman awal, festival yang menghubungkan muzik Malaysia dan Indonesia itu sekali lagi menggegarkan peminat apabila melengkapkan barisan artis Fasa Kedua dengan kemunculan beberapa nama besar yang cukup dinantikan.
Lebih daripada sekadar menambah senarai persembahan, pengumuman kali ini menjadi pelengkap kepada sebuah festival yang menjanjikan gabungan nostalgia, tenaga luar biasa dan pengalaman hiburan selama dua belas jam tanpa henti.
Barisan Artis Fasa Kedua Lengkapkan Festival Muzik Malaysia dan Indonesia

Festival anjuran Hitman Solutions bersama Boss Creator itu mengumumkan lima lagi nama yang bakal memeriahkan pentas utama iaitu Tipe X dan Last Child dari Indonesia, selain Ruffedge, Lah Ahmad, serta DJ Disko Santan & Friends yang mewakili Malaysia.
Kehadiran Last Child pastinya menjadi antara tarikan terbesar apabila kumpulan popular dari Indonesia itu bakal membuat penampilan sulung mereka di Malaysia. Dikenali menerusi deretan lagu yang sarat dengan emosi dan kisah kehidupan, persembahan mereka dijangka menjadi antara momen yang paling dinanti peminat.
Dalam masa sama, Tipe X pula bersedia menghidupkan suasana menerusi persembahan penuh tenaga yang menjadi identiti kumpulan ska terkenal itu sejak lebih dua dekad lalu. Dengan pengalaman luas di pentas festival, mereka dijangka membawa aura berbeza yang mampu mengajak seluruh stadium bernyanyi dan bergerak mengikut rentak.
Dari Malaysia, kemunculan Ruffedge dan Lah Ahmad pula pasti membangkitkan nostalgia peminat muzik tempatan. Lagu lagu malar segar yang pernah mendominasi carta muzik dijangka kembali bergema, sekali gus mengimbau kenangan buat mereka yang membesar bersama karya karya duo dan kumpulan tersebut.
“Latihan Pestapora Malaysia bukan sekadar menghimpunkan artis di atas satu pentas, tetapi menjadi ruang untuk meraikan muzik, budaya dan persahabatan antara dua negara serumpun.”
Sementara itu, DJ Disko Santan & Friends bakal melengkapkan pengalaman festival menerusi seleksi muzik yang akan terus memastikan suasana kekal meriah sepanjang acara berlangsung.
Dengan pengumuman Fasa 2 ini, Latihan Pestapora Malaysia 2026 kini tampil dengan barisan lengkap seramai 15 artis dari Malaysia dan Indonesia yang bakal berkongsi pentas dalam sebuah festival yang meraikan kepelbagaian muzik tanpa mengira genre dan generasi.
Pengalaman Festival Selama Dua Belas Jam Bukan Sekadar Persembahan Muzik

Apa yang membezakan Latihan Pestapora Malaysia daripada acara muzik lain ialah pengalaman festival yang ditawarkan sepanjang hari.
Selama dua belas jam, pengunjung bakal menikmati persembahan muzik tanpa henti daripada artis artis pilihan, di samping pelbagai aktiviti yang menjadikan festival ini lebih daripada sekadar sebuah konsert.
Bagi memastikan keselesaan pengunjung, pihak penganjur turut menyediakan satu botol air mineral percuma kepada setiap pemegang tiket sebaik memasuki kawasan festival. Selain itu, stesen isi semula air minuman turut disediakan supaya pengunjung boleh terus menikmati acara tanpa perlu risau mengenai bekalan air sepanjang festival berlangsung.
Baca Juga: Latihan Pestapora Malaysia 2026 Kembali Dengan Line Up Lebih Panas, 12 Jam Festival Tanpa Henti!
Kemudahan ini dilihat sebagai satu langkah positif dalam memastikan pengalaman festival lebih selesa, terutama ketika ribuan pengunjung dijangka memenuhi lokasi acara.
Tidak hanya tertumpu kepada muzik, kawasan festival juga akan dihiasi dengan pelbagai vendor makanan dan minuman yang menawarkan pelbagai pilihan hidangan serta sajian ringan. Gabungan elemen muzik, makanan dan suasana festival yang santai dijangka mewujudkan pengalaman hiburan yang lebih menyeluruh kepada semua pengunjung.
“Kami mahu setiap pengunjung pulang dengan pengalaman yang bukan sahaja dipenuhi muzik, malah kenangan manis bersama keluarga dan rakan rakan sepanjang berada di festival ini.”
Pendekatan tersebut selari dengan identiti Pestapora yang terkenal sebagai festival yang menggabungkan hiburan, komuniti dan budaya dalam satu acara berskala besar.
Festival Serumpun Satukan Peminat Muzik Menjelang Ogos Ini

Kehadiran artis daripada dua negara membuktikan bahawa Latihan Pestapora Malaysia bukan sekadar festival hiburan biasa, sebaliknya menjadi platform yang mengeratkan hubungan industri muzik Malaysia dan Indonesia.
Festival ini turut menerima sokongan daripada pelbagai rakan strategik termasuk Perbadanan Stadium Malaysia sebagai Rakan Lokasi, Warrior selaku Rakan Minuman, Sunway Putra Hotel sebagai Rakan Hotel serta Malaysia Airlines sebagai Rakan Penerbangan Rasmi.
Selain itu, ERA FM, ERA Sabah, ERA Sarawak, HITZ, MIX, SINAR dan THR GEGAR tampil sebagai rakan radio rasmi, manakala Astro Gempak, MeleTOP, World of Buzz serta Foodie menjadi rakan media rasmi. Festival ini turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia.
Bagi Havoxians, yang ingin menjadi sebahagian daripada pengalaman ini, jualan tiket kini memasuki kategori General Admission Phase 2 pada harga RM249.

Pihak penganjur turut menawarkan Bundle Pesta di mana pembelian empat tiket General Admission akan menerima satu tiket percuma. Malah, tiket kategori tempat duduk juga masih ditawarkan dalam kuantiti terhad.
Malah, dengan barisan artis yang semakin mantap, pengalaman festival yang dipertingkatkan serta penyertaan nama nama besar dari kedua dua negara, Latihan Pestapora Malaysia 2026 dilihat bersedia mencipta satu lagi detik bersejarah dalam kalendar hiburan serantau.