
Bagaimana kalau sambutan Hari Malaysia tahun ini bukan sekadar tentang kibaran Jalur Gemilang, tetapi tentang sebuah petang yang membuatkan kita kembali mengenang zaman ketika muzik menjadi sebahagian daripada kehidupan?
Bayangkan sebuah ruang yang dipenuhi aroma sajian hi tea, suara gelak tawa keluarga dan sahabat, sebelum suasana tiba tiba berubah apabila alunan lagu daripada salah seorang legenda muzik tanah air mula bergema. Lagu yang mungkin pernah menemani zaman muda ibu bapa kita, menjadi latar kepada kisah cinta, perpisahan, persahabatan dan pelbagai kenangan kembali dikenang.
Itulah yang cuba ditawarkan menerusi HI TEA Hari Malaysia, sebuah acara istimewa yang mengambil pendekatan lebih santai dalam meraikan 16 September. Bukan sekadar datang untuk menikmati juadah atau menyaksikan persembahan, tetamu bakal diajak menghayati semula satu perkara yang semakin jarang ditemui dalam kehidupan hari ini, iaitu duduk semeja, berbual tanpa tergesa gesa dan berkongsi kenangan melalui muzik.
Lebih istimewa, pengalaman tersebut bakal dipimpin oleh seorang penyanyi legenda tanah air, namanya cukup sinonim dengan perjalanan muzik tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim (Ibu Khaty).
Kehadiran beliau dijangka menjadi antara detik paling dinantikan apabila beliau bakal membawa para tetamu menyusuri nostalgia menerusi persembahan lagu-lagu popularnya. Sekaligus meraikan Malaysia yang sinonim dengan muzik sebagai ‘bahasa’ yang difahami semua kaum, serta makanan yang menyatukan mereka.
Jadi, apabila Hari Malaysia diraikan dengan lagu, makanan dan insan tersayang di satu tempat, persoalannya bukan lagi sekadar siapa yang bakal membuat persembahan. Sebaliknya, berapa banyak kenangan lama yang akan kembali hidup apabila suara seorang legenda kembali bergema secara langsung?
Jawapannya bakal dirasai Havoxians! Pada 16 September 2026 apabila HI TEA Hari Malaysia berlangsung di Steg Hotel Kuala Lumpur, dalam sebuah petang yang menjanjikan gabungan nostalgia muzik, sajian dan silaturahim.
HI TEA Hari Malaysia Satukan Muzik Nostalgia Dan Semangat Kekeluargaan

Dianjurkan oleh Naan Corner Restaurant 1983, HI TEA Hari Malaysia dirancang sebagai sebuah majlis semi-formal, memberikan ruang kepada tetamu untuk menikmati sambutan Hari Malaysia dalam suasana lebih mesra dan santai.
Acara akan bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berlangsung sehingga 4.00 petang, persembahan utama pula bakal berlangsung pada jam 2.30 petang.
Menariknya, para tetamu bukan sahaja dapat menikmati sajian hi tea, malah berpeluang meluangkan masa bersama keluarga, sahabat dan kenalan sambil menikmati nuansa hiburan artis legenda tempatan.
Konsep sebegini memberikan warna berbeza kepada sambutan Hari Malaysia kerana kemeriahan lebih intimasi meski tidak hadir dalam bentuk acara berskala besar.
Selain itu, acara ini turut membawa mesej bahawa Hari Malaysia bukan hanya berkisar tentang sejarah pembentukan negara atau simbol patriotisme, tetapi turut menjadi kesempatan untuk masyarakat menghargai hubungan sesama manusia.
Semangat Malaysia itu bukan hanya tentang bendera dan lagu patriotik. Ia juga tentang kita duduk bersama, berkongsi cerita, menikmati makanan dan meraikan perbezaan sebagai sebuah keluarga, demikian gambaran yang selari dengan konsep HI TEA Hari Malaysia yang mengetengahkan elemen kebersamaan.
Dato’ Khadijah Ibrahim Jadi Tarikan Utama HI TEA Hari Malaysia 2026

Nama Dato’ Khadijah Ibrahim pastinya memberikan nilai nostalgia yang tersendiri kepada acara berkenaan.
Sebagai antara figura penting dalam industri hiburan tanah air, persembahan beliau dijangka menjadi detik yang membawa tetamu menyusuri kembali kenangan menerusi lagu-lagu popular yang pernah mewarnai perjalanan muzik Malaysia.
Dalam konteks sambutan Hari Malaysia, kehadiran seorang penyanyi legenda juga membawa makna yang lebih besar kerana muzik mempunyai keupayaan untuk merentasi usia dan generasi.
Lagu yang pernah menjadi kegemaran seseorang pada zaman muda boleh kembali menghidupkan kenangan apabila didengarkan bertahun tahun kemudian. Pada masa yang sama, generasi baharu berpeluang mengenali sendiri karya daripada nama besar yang pernah mewarnai pentas hiburan negara.
Selain Dato’ Khadijah Ibrahim, HI TEA Hari Malaysia turut menampilkan Hairee Kool dan Fredo Flybaits sebagai artis jemputan.
Gabungan barisan persembahan ini dijangka memberikan variasi kepada pengalaman muzik sepanjang acara, sekali gus memastikan petang tersebut tidak hanya bergantung kepada elemen nostalgia tetapi turut mempunyai sentuhan hiburan yang lebih segar.
Lebih menarik, acara akan dikendalikan oleh pelakon dan pengacara Norish Karman selaku pengacara majlis. Kehadiran figura berpengalaman dalam dunia pengacaraan itu dijangka membantu menceriakan suasana serta menghubungkan segmen persembahan dengan tetamu yang hadir.
Tiket HI TEA Hari Malaysia Terhad! Berbaki 50 Tempat Sahaja Lagi!

Bagi mereka yang mahu menikmati pengalaman sambutan Hari Malaysia dalam suasana lebih santai, harga tiket HI TEA Hari Malaysia ditawarkan pada kadar serendah RM39.90 untuk dewasa. Manakala, kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun serta warga emas pula boleh mendapatkan tiket pada harga RM29.90.
Peminat Dato’ Khadijah Ibrahim khususnya pastinya mempunyai sebab tersendiri untuk tidak melepaskan peluang ini. Bagi peminat muzik nostalgia pula, persembahan secara langsung daripada penyanyi legenda seperti beliau memberikan pengalaman yang berbeza berbanding sekadar mendengar rakaman lagu menerusi platform digital.
Pada masa sama, bagi keluarga yang ingin membawa anak-anak mengenali muzik tempatan juga boleh menjadikan acara sebegini sebagai satu bentuk pengalaman budaya yang lebih santai.
Tempat adalah terhad dan tempahan dibuat berdasarkan bayaran penuh. Sebarang pertanyaan serta tempahan boleh dibuat menerusi talian +6012 262 2020.
Sekadar info Havoxians, HI TEA Hari Malaysia mungkin kelihatan seperti sebuah acara kecil berbanding sambutan yang berlangsung di pentas lebih besar, namun kekuatannya terletak pada perkara yang dekat dengan kehidupan masyarakat iaitu muzik, makanan, keluarga dan kenangan.
Terutamanya apabila Dato’ Khadijah Ibrahim kembali membawa lagu-lagu nostalgia yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup pendengar, petang 16 September itu berpotensi menjadi lebih daripada sekadar sambutan Hari Malaysia.