
Bukan sekadar memilih duta jenama, sebaliknya rakan usahasama sebagai satu langkah strategik yang mengubah persepsi masyarakat terhadap gaya hidup sihat. Itulah misi yang dibawa Bliss Juice, Smoothie & Dessert apabila secara rasmi memeterai Memorandum Persefahaman bersama penyanyi, pelakon dan usahawan popular, Nabila Razali.
Kerjasama ini bukan hanya memperkukuhkan identiti jenama tempatan itu, malah membuka lembaran baharu dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia menikmati pilihan makanan dan minuman yang lebih semula jadi melalui produk berasaskan 100 peratus buah buahan segar.
mengubah persepsi masyarakat terhadap gaya hidup sihat. Itulah misi yang dibawa Bliss Juice, Smoothie & Dessert apabila secara rasmi memeterai Memorandum Persefahaman bersama penyanyi, pelakon dan usahawan popular, Nabila Razali.
Kerjasama ini bukan hanya memperkukuhkan identiti jenama tempatan itu, malah membuka lembaran baharu dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia menikmati pilihan makanan dan minuman yang lebih semula jadi melalui produk berasaskan 100 peratus buah buahan segar.
Nabila Razali Dipilih Sebagai Rakan Strategik Perkukuh Jenama Bliss

Bliss Juice, Smoothie & Dessert yang diasaskan pada tahun 2023 terus mengorak langkah sebagai jenama tempatan yang memberi fokus kepada jus, smoothie dan pencuci mulut berasaskan buah buahan segar.
Berbeza dengan kebanyakan produk di pasaran yang menggunakan pati atau perisa tiruan, setiap produk Bliss dihasilkan menggunakan buah buahan segar bagi memastikan pelanggan menikmati rasa asli di samping memperoleh khasiat semula jadi.
Kini, Bliss menawarkan lebih 50 pilihan menu yang merangkumi jus buah segar, smoothie dan pencuci mulut yang sesuai dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat yang mengutamakan gaya hidup lebih sihat.
Pemilihan Nabila Razali sebagai rakan strategik dilihat selari dengan aspirasi jenama yang mahu mendekati lebih ramai pengguna moden melalui kempen pemasaran kreatif, program komuniti dan pelbagai inisiatif kesedaran kesihatan.
Pengasas Bliss Juice, Smoothie & Dessert, Amelyn Wong, berkata kerjasama itu dibina atas asas nilai yang sama antara kedua dua pihak.
“Di Bliss, kami percaya bahawa jenama yang kukuh dibina melalui hubungan yang bermakna dan ikatan yang tulen bersama pelanggan kami,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media Menandatangani Memorandum di Ibu kota pada Khamis.
Beliau berkata misi utama syarikat sejak hari pertama penubuhannya adalah menghasilkan setiap jus, smoothie dan pencuci mulut menggunakan buah buahan segar tanpa berkompromi terhadap aspek kualiti.
“Nabila melambangkan banyak nilai yang menjadi identiti jenama kami iaitu semangat, ketabahan, inovasi dan usaha mencapai kecemerlangan. Bersama sama kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, satu cawan pada satu masa,” ujarnya.
Bliss Mahu Jadi Pilihan Sihat Lebih Dekat Dengan Masyarakat

Melalui kerjasama ini, Bliss dan Nabila Razali akan meneroka pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada pengguna termasuk pembangunan jenama, kempen pemasaran bersepadu, program penglibatan pelanggan, kempen khas, pendidikan kesihatan serta aktiviti komuniti.
Usahasama tersebut turut menjadi sebahagian daripada strategi pertumbuhan jangka panjang Bliss dalam membina hubungan lebih kukuh bersama pengguna selain memperkenalkan pengalaman menikmati minuman dan pencuci mulut yang lebih sihat.
Menurut Nabila Razali, beliau menerima kerjasama itu kerana berkongsi nilai yang sama dengan jenama berkenaan.
“Saya percaya setiap kerjasama perlu lahir daripada nilai yang sama. Sebagai seorang penyanyi, kerjaya saya memerlukan tenaga, disiplin dan konsistensi setiap hari. Sebab itu saya sangat teruja dapat bekerjasama dengan Bliss kerana ia mencerminkan gaya hidup yang aktif, positif dan seimbang,” jelasnya.
Beliau berharap kolaborasi tersebut bukan sahaja memperkenalkan Bliss kepada lebih ramai rakyat Malaysia, malah mampu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memilih makanan dan minuman yang lebih sihat dalam kehidupan seharian.
Majlis pemeteraian MOU itu turut menghimpunkan pemain industri, wakil media serta tetamu jemputan sebagai simbolik permulaan kepada kerjasama strategik yang dijangka membawa pelbagai inisiatif baharu dalam tempoh akan datang.
Bliss Rancak Berkembang Dengan Pembukaan Beberapa Cawangan Baharu

Seiring sambutan yang semakin menggalakkan, Bliss kini beroperasi di Sunway Putra Mall dan KL East Mall, selain merancang pembukaan beberapa cawangan baharu di sekitar Lembah Klang.
Antara lokasi yang bakal dibuka ialah Tropicana Avenue pada Ogos 2026, Shah Alam pada Oktober 2026 dan Ara Damansara pada November 2026. Langkah itu dijangka membolehkan lebih ramai pengguna menikmati rangkaian jus, smoothie dan pencuci mulut yang dihasilkan menggunakan buah buahan segar.
Pengembangan berterusan ini membuktikan komitmen Bliss untuk menjadi antara jenama tempatan yang bukan sahaja menawarkan produk berkualiti, malah mengangkat budaya pemakanan lebih sihat dalam kalangan masyarakat.
Dengan sokongan figura berpengaruh seperti Nabila Razali, Bliss optimis mampu memperkukuhkan kedudukannya dalam industri makanan dan minuman tempatan sambil meneruskan visi membina jenama yang dekat di hati pengguna melalui inovasi, kreativiti dan pengalaman pelanggan yang bermakna.
Untuk perkembangan lanjut mengenai dunia hiburan, gaya hidup, selebriti dan pelbagai kisah menarik lain, ikuti laporan terkini hanya di Havox Media.